Warkah & Sejarah : Pinjaman kepada Syarikat Lombong Penjom – 7 Mar 1887

 OLEH: Izmal Karim dan Saufy Jauhary



Deskripsi :

Transliterasi dari jawi lama kepada rumi melayu oleh Fb Tuan Saufy Jauhary

Qauluhu al-Haq

Bahawa ini surat tulus ikhlas yang dipersertakan dengan beberapa tabik dan hormat serta selamat yang begitu baik iaitu daripada Sultan Ahmad Mu'azzam Syah, Pahang. Maka barang sampaikan kiranya oleh Tuhan Seru Sekalian Alam kehadapan majlis Paduka sahabat beta J.P. Rodger menjadi Residen Selangor dengan selamat sejahteranya.

Waba'dahu daripada itu maka adalah beta menyatakan paduka sahabat beta yang diterima Tuan Clifford mintak kepada beta, ia menyuruhkan beta menulis surat kepada paduka sahabat beta bila-bila ada wangnya tiba dari Singapura kepada paduka sahabat beta itu jika ada dengan keredhaannya telah haraplah beta akan paduka sahabat beta memberi ketolongan di atas hal ini menyuruhkan  mata-mata menghantarkan wang yang tersebut itu sampai ke lombong Penjom company. Dan lagi dari lain paduka sahabat beta ada jua berkhabar kepadanya apabila ada keterangan daripada beta bolehlah paduka sahabat beta menolong di atas. Dan lagi yang dari hal kelalahan mereka itu ia telah mengaku akan membayarnya yang patut. Demikianlah adanya.

Termaktub kepada 11 hari bulan Jamadil akhir 1304.

Rujukan :

Arkib Negara Malaysia.



[Legasi Pemikir - LEKIR]


Comments