OLEH: Ustaz Ahmad Fazrin Yahaya
Ada yang tanya saya tentang video yang viral kononnya kerajaan Arab Saudi di bawah pentadbiran MBS telah menetapkan bahawa subjek Al-Quran tidak lagi diajar sebagai subjek khusus yang berasingan sebaliknya menggabungkan semua subjek agama sebagai satu subjek. Kononnya inilah langkah yang menunjukkan MBS menuruti kehendak Yahudi Israel sejengkal demi sejengkal.
Ya, saya tak mampu nak kata MBS pemimpin sempurna. Tapi sejak beliau naik jadi Putera Mahkota Arab Saudi, saya dah tak ingat dah berapa banyak video viral tentang beliau yang disunting dengan keratan-keratan video yang dicantum-gabung.
Adapun berkaitan isu subjek agama yang digabung, saya bertanya sendiri kepada Atase Agama Arab Saudi (saya punya boss lah). Apa yang digabung ialah buku teks bagi subjek-subjek tersebut. Dahulu setiap 6 subjek utama Pengajian Islam (العلوم الأسلامية) disediakan buku bagi setiap subjek. Tapi dasar baharu Kementeri Pelajaran Arab Saudi mengumumkan penggabungan buku teks bagi subjek-subjek tersebut kepada 2 buku sahaja (boleh rujuk gambar buku teks terkini milik anak kepada boss saya sendiri).
Pendekatan ini diambil bagi mengurangkan beban kepada para murid dan pelajar. Ia merupakan sebahagian dari plan trasnformasi pendidikan Arab Saudi menuju Wawasan 2030. Bukan subjek agama sahaja digabung, subjek Sejarah dan Geografi juga digabung buku teksnya dan diberi label Ilmu Sosial (العلوم الاجتماعية). Begitu juga subjek-subjek bahasa seperti subjek الإملاء , الخط , القراءة telah digabungkan buku teksnya dengan label لغتي (Bahasaku).
Perlu juga diingatkan, pengajian Al-Quran, Hadith dan lain-lain subjek usul Islam diajarkan secara percuma oleh banyak instisusi di Arab Saudi terutama di masjid-masjid, di pusat-pusat dakwah negeri dan lain-lain. Bahkan para ulama dan masyayikh Arab Saudi ramai yang lahir dari kelas-kelas pengajian tidak rasmi seperti ini.
Bila tengok balik page Megazine yang mainkan isu ni, jelas sekali boleh faham political inclination page ke mana. Jadi fahamlah modus operandinya. Berita-berita yang negatif, MBS dan Arab Saudi mesti akan dikaitkan samada secara langsung atau sipi-sipi. Kalau berita yang positif dan hebat, maka heronya tidak lain dan tidak bukan pemimpin Khalifah Turki.
[Legasi Pemikir - LEKIR]
Comments
Post a Comment