OLEH: Abu Taqiyuddin
Bila kerajaan Arab Saudi memutuskan keperluan untuk melaksanakan penjarakkan sosial di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, ianya bukan sekadar untuk mengikuti saranan WHO, tetapi juga mahu menutup pintu-pintu fitnah yang bakal dikenakan ke atas Islam.
Bayangkan sekiranya kerajaan Arab Saudi terus membiarkan tidak berlaku penjarakan sosial, dan secara tiba wujud pula kluster Masjdil Haram atau Masjid Nabawi, tidakkah ini akan membawa fitnah kepada Islam itu sendiri? Sebagai sebuah agama yang tidak melindungi umatnya?
Bagi mereka yang tak melihat perkara ini, mereka lebih rela dan gemar memomokkan kebodohan mereka selain mencerca kebijakkan yang telah dibuat oleh pemerintah Arab Saudi secara terbuka, bagaikan mereka mengetahui urusan seharian dua masjid ini.
Alhamdulillah, hari ini, Kerajaan Arab Saudi telah menarik semula arahan penjarakan sosial di Masjidil Haram. Yang mana ketetapan ini dibuat setelah menganalisis data dan respon dari pakar kesihatan di Arab Saudi.
Semoga ALLAH mengampuni kita semua diatas keterlanjuran bicara kita selama ini.
[Legasi Pemikir - LEKIR]
Comments
Post a Comment