Arab Saudi 'Sponsor' Haji Supaya Negara Lain 'Backup'

 OLEH: Ustaz Ahmad Fazrin Yahaya




Saudi hadiahkan Haji dan Umrah sebagai tetamu Raja bukan untuk back up negara mereka bila negara mereka salah. Sangat mengecewakan kalau ada yang mengaji tinggi tapi masih bersangka macam ni. 
Berapa ramai tokoh yang dapat peluang pergi Haji dan Umrah sebagai tetamu berkali-berkali tapi tak pernah back up Saudi bahkan ada yang berkali-berkali dapat pergi tapi paling laju balun Saudi.

Saya tak kesah kalau orang tak mengaji guna teori back up Saudi macam ni. Tapi agak tak leh terima bila yang mengaji tinggi duk buat sangkaan konon bila mereka dapat hadiah jadi tetamu Haji kerajaan Saudi, ia adalah seolah suapan untuk mereka ini senyap jangan bercakap pasal Saudi.



Saya admin kepada hampir 10 batch alumni Tetamu Pelayan Dua Tanah Suci. Ada beberapa group yang ahlinya sakan membalun Saudi. Tapi mereka ni jugaklah yang selalu kerajaan Saudi muliakan kerana kedudukan dan jasa mereka kepada khidmat Islam di Malaysia.

Adapun ikhwah dan sahabat-sahabat yang sentiasa back up Saudi, majoriti mereka tak pernah dapat apa-apa peluang pun untuk menjadi tetamu. Jika yang menjadi tetamu pun, mereka dah lama back up Saudi. Dan jika mereka berlebih dalam back up Saudi, usah dilempar sangkaan yang tidak baik kepada sebuah Program Haji yang mulia yang telah banyak berjasa menghantar para keluarga Syuhada’ Palestin, sahabat-sahabat miskin dari Yaman, dari Mesir dan dari Sudan untuk menunaikan Haji.

In shaa Allah ada masa saya ulas tentang fitnah yang berlaku sehari dua ni di Riyadh. Ramai yang private tanyakan pandangan. Jadual saya di Mekah agak penuh dengan mesyuarat dan lawatan.

[Legasi Pemikir - LEKIR]


Comments