Arab Saudi Yang Liberal

 OLEH: Taufiq Tuah




Saya seorang pro- Arab Saudi. Jika ada yg tanya negara yang saya akan 'support' selepas Malaysia, maka saya akan sebut Indonesia, Brunei dan Arab Saudi. Saya kira saya tak perlu malu untuk menzahirkan kecenderungan geo-politic saya.

Arab Saudi sebuah negara yg berdirinya juga sebagaimana negara2 biasa. Kekaguman saya terhadap Arab Saudi ialah kerana konservatif ttp maju dlm pelbagai aspek. Negara yg sangat terikat dgn aturan agama dan budaya Arab.

Pemimpin di sana sangat rapat dengan Ulama. Malah Ulama didirikan badan-badan tertentu bagi membawa Islam kukuh di dlm negara. Kebanyakan negara lain, institusi Islam mereka tidak termaktub di dalam tanggungan kerajaan sehingga terpaksa badan bukan kerajaan yang menguruskan.
Akhir-akhir ini telah menjadi bualan tentang pelbagai program² hiburan yang berlangsung di Arab Saudi. Konsert, pesta, kelab malam dll. Sebenarnya saya dengar cerita ini telah bertahun dulu lagi.
Maka jadilah isu2 ini bahan untuk pembenci Arab Saudi menyerang negara itu di sosial media. Keluarlah kata² 'offended' utk Arab Saudi. Sehingga viral seorang wanita membuka niqab dan tudungnya pdi konsert. Malah lagu techno dimainkan.

Arab Saudi sebagaimana negara² lainnya tidak maksum. Saya sendiri melihat Arab Saudi semakin hari semakin beri muka dengan tuntutan liberal. 

Hal² maksiat & tuntutan liberal ni sbnrnya bukan masalah Arab Saudi sahaja. Seluruh negara Islam lain juga turut mengahadapi masalah yg sama. 

Niqabis yg membuka tudung di Arab Saudi itu tiada beza teruknya dgn gadis Islam di Malaysia sendiri yg mmg 'freehair'. Kelab malam di Malaysia juga banyak dan dilawati oleh orang Islam sendiri. Konsert di Malaysia, hampir setiap siaran televisi Malaysia ada konsert mingguan sendiri belum bercampur dgn konsert2 pentas tanpa tempat duduk yg mana lelaki dn perempuan bercampur baur. 
Bukan nak burukkan Malaysia, tetapi nak beritahu masalah ini ialah masalah semua negara. Majlis agama Islam di setiap negeri tak haramkan ke pergaulan bebas dan buka aurat ni? Majlis agama dah buat kerja. Ulama saudi dah buat kerja. Tapi siapa yang boleh paksa? Setengah rakyat terus sahaja melanggar kesalahan asalkan tiada tindakn undang² diambil.

Bezanya apabila masalah yang sama sampai di Arab Saudi, kelihatannya Arab Saudi itu lebih keji.
Adakah Arab Saudi boleh menjadi negara liberal? Saya katakan, tidak mustahil. Kerajaan Arab Saudi pun semakin hari semakin memberi muka kpd liberal. Saya juga risau jika itu berlaku. Apa yg kita boleh buat hanyalah doa untuk Arab Saudi dan tak lupa juga kepada Malaysia yg juga menghapadi masalah yg sama.

Segelintir orang mentahan pos gambar dan buat 'caption' kononnya Arab Saudi ini "dah tak boleh pakai" , "negara Islam (degan sinis)" dll. Kalian pttnya mendoakn dn bkn mentertawakn. Pttnya sedih dn bknnya bangga dan rasa diri tu bagus. 

Masalah konsert, pesta, kelab malam, arak, judi, pergaulan bebas, ElJiBT di Malaysia ni apa je yg kalian dh selesaikn? Masih nak salahkan Najib dan TunM.



[Legasi Pemikir - LEKIR]



Comments