Arak Nama Melayu

 OLEH: Taufiq Tuah


Akhir² ni kecoh nama arak diberi nama 'Timah'  (Fatimah) Maka marahlah orang² Melayu yg sensitif membantah nama itu. Siap ada laki pakai kopiah lagi kt botolnya.

Saya dh baca penjelasan syarikat arak tu dn ternyata 'Timah' yg dimaksudkn ialah 'Tin' dn wajah pd botol arak tu bukan wajah org Melayu. Persoalannya, adakah ttp wajar perbuatan ini?

Ini tak wajar! Mcm mana kita boleh redha menamakan sesuatu bahan maksiat dgn nama yg SANGAT MIRIP dgn nama ank Rasulullah? Adakah org yg sama juga akan redha jika satu hari nnt nama arak juga akn bernama "Muhmad"?

Ada yg bandingkn isu ni dgn org isu arak di timur tgh yg normal gunakan nama Arab. Bahasa Al-Quran pula tu. Kita je kecoh lebih. Maaf cakap, perbandingan itu tak laku.

Jika org Arab sendiri yg tak kisah mencemarkan bahasa mereka, itu ialah kejahilan mereka. Orang Melayu mmg sensitif dgn isu ni apatah lagi bukan sahaja bahasa Melayu ttp nama keluarga nabi yg menjadi isu.

Bangsa Melayu jugalh yg sensitif masa Bible dibenarkn guna kalimah 'Allah', bangsa ni juga lah yg sensitif ketika nama Melayu di-arak-kan. Maka bangsa Melayu, teruskan lah sensitif. Demi maruah kita sendiri.

Dikala jenama2 air lain pun sgt jarang guna nama Melayu, tiba2 arak pula yg bangkit guna nama Melayu. Adakah itu taraf B.Melayu? Terpaksa dimartabatkn oleh produk air keras? Apakah kita perlu bangga dgn situasi ini?

Maka sensitiviti anda terhadap isu ini ialah di jalan yg benar. Teruskn sensitif. 



[Legasi Pemikir - LEKIR]





Comments