Kementerian Pendidikan Arab Saudi Memperkenalkan Subjek Pendidikan islam

OLEH: Ustaz Idris Sulaiman

# Video propaganda anti Arab Saudi
Arab Saudi melalui kementerian pendidikannya mengumumkan bahawa enam mata pelajaran Agama iaitu Al-Quran, Tajwid, Tauhid, Fiqah, Hadis dan Tafsir akan dihimpunkan di bawah satu mata pelajaran iaitu Pendidikan Islam. 

Pengumuman ini dikeluarkan susulan langkah sama diambil yang melibatkan penggabungan subjek-subjek Bahasa Arab menjadi satu mata pelajaran di samping penambahan beberapa mata pelajaran baharu termasuklah subjek Berfikir Secara Kritis serta Seni Mempertahankan Diri. 

Ada yang berpandangan bahawa langkah-langkah ini diambil oleh kerajaan Arab Saudi bagi membendung anasir-anasir ekstremis yang sekian lama telah meracuni pemikiran anak-anak muda di sana dan susulan kenyataan Badan Pembesar Ulamanya (Hai’ah Kibar Ulama) menginsytiharkan kumpulan Ikhwan Muslimin sebagai pengganas dan sesat.  

PROPAGANDA ANTI SAUDI
Tersebar baru-baru ini video yang menggambarkan seolah-olah Arab Saudi tidak lagi mengajar subjek Al-Quran serta subjek-subjek Agama yang lain di sekolah-sekolahnya. 

Realitinya ia hanyalah propaganda yang menjaja berita separuh-separuh bagi mengelirukan orang ramai serta menimbulkan persepsi negetif terhadap Arab Saudi. 

Video seperti ini bukanlah yang pertama malah sebelum ini modus operandi yang sama telah digunakan dalam isu Arab Saudi menghadkan penggunaan pembesar suara masjid serta kenyataan Putera Mohammed bin Salman berkenaan kedudukan Al-Quran dan hadis dalam perlembagaan negara di mana media-media kafir Barat telah memutar belitkan isu-isu ini bagi memburuk-burukkan Arab Saudi. 

Tohmahan Arab Saudi Melarang Azan: 

Tohaman Arab Saudi Menolak Hadis: 

Sebetulnya Arab Saudi hanya menghadkan penggunaan pembesar suara di luar masjid untuk azan dan iqamat sahaja. 

Putera Mohammed bin Salman secara tegas mengatakan bahawa perlembagaan negaranya adalah Al-Quran dan hadis sahih. 

CATATAN: 
Muslim perlu skeptikal menerima berita yang tidak diketahui kesahihannya. Lebih-lebih lagi daripada musuh-musuh Islam. Pentingnya tabayyun. 


[Legasi Pemikir - LEKIR]


Comments