Bagaimana Jin 'Recruit' Dukun?

 OLEH: Halim Abdurrahman

Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kebanyakan dukun direcruit bermula dari usia kanak-kanak atau remaja. Jin suka mendatangi golongan ini. Kerana kognitif (pemikiran) belum lagi matang dan senang dibentuk.

Sebab itu kenapa ada kanak-kanak yang mempunyai kebolehan melihat benda ghaib, kemudian bila sampai remaja ia mula merawat orang. Sampai satu masa, dia akan jadi 'dukun putih' yang kita lihat hari ini. Merawat menggunakan perantara jin. 

Tetapi ada syarat, yang direcruit itu mestilah anak-anak yang baik, lurus, berbudi pekerti dan jaga solat. Nampak pelik kan? Kenapa jin hampiri golongan ini? Sampai ada setengah ibu bapa beranggapan; 

"Anak saya orang baik, jaga solat apa semua. Apa dia ada ini bukannya gangguan jin. Tapi kelebihan yang Allah bagi"

Begini, seorang anak yang baik berpotensi menjadi tokoh pada suatu hari nanti. Dikenali dengan rekod perilaku yang baik, beragama dan akhirnya dia dipercayai orang. Jika anak itu nakal, tiada pekerti, ia akan reject. Kerana rekod buruk, tidak akan menarik kepercayaan orang ramai bila sudah dewasa kelak.

Sebab itu kenapa ada dukun-dukun datang dari golongan orang dipanggil ustaz, syeikh dan seumpamanya. Bila dikritik, orang ramai akan melenting dan bangkit membelanya. Perbuatan salah tersebut selanjutnya terus subur tanpa gangguan.

Halus permainannya kan?




[Legasi Pemikir - LEKIR]



Comments