OLEH: Halim Abdurrahman
Aku nak share sikit pengalaman lepas bila kenal satu kelompok yang mendakwa diri mereka dari 'kayangan'. Mereka duduk di atas angin, seakan berada di awan. Dalam heraki, mereka berada di kedudukan paling tinggi. Penampilan mereka dalam bentuk manusia (jelmaan) dengan berbusana bangsawan dahulu kala. Ada tentera yang begitu ramai serta haiwan tunggangan termasuk kuda terbang. Ada juga kalangan tentera mereka, gaya pakai sama seperti askar Yunani Kuno.
Baik. Bila berbalik kepada sejarah dan mitos peradaban manusia ribuan tahun lepas. Ada dewa dewi masyarakat Yunani yang dipanggil Zeus, Apollo, Artemis dan sebagainya. Dalam masyarakat China pula ada dewa dewi Tian, Shangdi, Wukong dan Kwan Yin. Dalam masyarakat Mesir pula ada Osiris, Anubis, Ra, Horus dan Amon. Dalam masyarakat Norse adalah Odin, Loki dan Thor. Dalam tamadun India ada Brahma, Indra, Agni, Krishna, Shiva dan Rama.
Mereka berkongsi identiti hampir serupa, duduk atas angin (kayangan) dan menyamar menjadi Dewa serta Dewi dan digelar Tuhan oleh masyarakat di zaman itu.
Persoalannya, adakah ia cuma khayalan manusia zaman itu semata atau ia sememangnya wujud tetapi ia hanyalah kaum Jin/syaitan yang masuk dalam masyarakat peradaban berkenaan lalu membina satu kepercayaan khusus? Mereka hadir dalam jelmaan yang boleh disentuh, atau datang dalam mimpi, dan merasuk jiwa pendeta lalu memberi gambaran-gambaran mereka. Kemudian setelah itu dilakar, lalu disembah.
Aku ada kenal satu makhluk 'kayangan', menggelar dirinya raja dari atas angin. Malah tindak tanduknya seperti petir dan mampu merosakkan kenderaan dan alat telekomunikasi dengan sekali libasan seperti kilat. Ada bau macam 'Zeus' kan?
Beberapa tahun lepas, ketika sedang merawat seorang wanita. Wanita yang sedang kerasukan itu tiba-tiba tegur masa silam aku. Katanya semua kawan-kawan (kayangan) aku yang dulu itu adalah ifrit (baca; kononlah, kata jin mana boleh percaya). Bangsa makhluk paling licik. Mereka meresap dalam jiwa manusia sejak kanak-kanak, jadikan mereka ada 'kelebihan' boleh merawat, lalu bila naik remaja ia kemudiannya terus didampingi dan diberi pelbagai kebolehan mistik. Akhir sekali, bila menginjak dewasa dia jadi seorang dukun.
[Legasi Pemikir - LEKIR]
Comments
Post a Comment