OLEH: Halim Abdurrahman
Waktu tingkatan 6, arwah datuk sedang duduk di kerusi malas sambil memandang dari beranda luar. Lantas aku ikut duduk di sebelahnya tanya satu soalan;
'Nek (atuk), ada jin datang pada saya. Beri macam-macam barang dan saya ada kebolehan (sejak kanak-kanak). Ia selalu ikut saya. Nek tahu kah pasal ini? Macamana nek?"
Jawabnya: "Jangan kau berkawan dengan syaitan tu"
Boom! Kena sebijik! Haha.
Datuk pesan suruh buang. Maka setahun kemudian, saya membuangnya dan perintahkan ia balik ke tempat asal. Hari itu juga masa berjumpa datuk, dia sebutkan salasilah keluarga kami dari saya hingga ke nenek moyang sekitar 200 tahun lalu. Saya tulis serta catat semuanya.
Datuk dari keluarga pesilat, pendekar dan berdarah bangsawan (Raden). Ayah beliau adalah guru silat Betawi dan Spring 12. Kemudian dia sendiri adalah seorang pesilat yang handal. Ayah saya pernah cerita yang datuk saya ini dulu kebal dan juga ada parut besar di badannya. Dia selalu menjadi orang penting setiap kali ada persengketaan antara Melayu dan Dayak, dia jadi orang tengah. Namun mungkin selepas beliau balik Haji, ia telah buang segala ilmu tersebut. Pada hayatnya juga, beliau adalah seorang ketua kaum dan imam masjid. Amat dikenali orang termasuklah arwah Tun Ahmad Zaidi dan Tun Taib Mahmud. Pokok asam belakang rumah beliau, Tun yang tanam semasa Tun singgah di terataknya.
Moyang beliau, Raden Dharmasakti. Adalah panglima perang, juga seorang bangsawan. Menurut datuk, peluru Inggeris hanya dia tepis menggunakan selempangnya saja. Ada banyak cerita mistik mengenainya.
Kenapa saya cerita hal ini, ilmu mistik berkaitan warisan nenek moyang sememangnya ada. Ilmu orang zaman dulu-dulu tidak terlepas daripada pengaruh-pengaruh seperti ini. Kemudian setelah ratusan tahun berlalu, sisanya masih terlekat kepada anak cucu. Jika tiada pelajaran akidah, maka jadilah kepada kelompok pengamal ilmu kebatinan pada hari ini.
Semoga Allah mengampuni dan memberi balasan syurga pada arwah datuk.
[Legasi Pemikir - LEKIR]
Comments
Post a Comment