OLEH: Abu Taqiyuddin
Ada orang meminta komentar daripada kami mengenai apa yang terjadi di Arab Saudi terutama sekali mengenai pesta "Riyadh Seasons". Jawapan kami mudah sahaja.
1. Arab Saudi adalah sebuah negara yang sama seperti Malaysia. Dimana rakyatnya ada yang faham agama dan ada yang tidak.
2. Ulama Saudi telah pun memberikan pandangan mereka berhubung isu hiburan, namun seperti suara mufti di setiap negeri di Malaysia, kenyataan mereka tidaklah semestinya di dengari dan diikuti oleh pemerintah.
3. Riyadh bukan tanah haram.
4. Tanda-tanda hari kiamat tidak hanya muncul di Arab Saudi. Malah wujud di mana-mana sahaja di muka dunia ini.
5. Toksah kalut dengan 'kerosakkan' di negara orang lain, sedangkan negara sendiri pun sedang 'rosak' dikerjakan oleh tangan-tangan kita sendiri.
Akhir kalam, selamatkan diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka.
Comments
Post a Comment