Mahkamah, Mainan Orang Kaya.

OLEH: Abu Aqif.


 Mahkamah ni mainan org kaya.


Ramai org miskin hanya mampu mengaku salah.


Mengaku salah, bayar denda lebih murah dari bayar lawyer.


Jika tak berjaya buktikan tak bersalah, denda jadi makin tinggi atas alasan kerana mengambil masa mahkamah. Sebab itu ramai yang mengaku salah, tidak minta dibicara.


Padahal di awalnya undang-undang kata setiap rakyat mempunyai hak mempertahankan diri. Ya, memang kita ada hak itu. Tapi apa gunanya hak tapi tak mampu menggunakan hak itu.


Berhak untuk pakai BMW, tapi tak mampu. Begitulah umpamanya.


Mempertahankan diri di Malaysia ni mahal. Kos pergi balik mahkamah, terpaksa meninggalkan kerja, bayaran lawyer, belum lagi kira tekanan mental dan perasaan.


Tak kerja tiada gaji, silap-silap diberhentikan jika asyik ke mahkamah atau didapati bersalah.


Lawyer percuma ada, tapi nama pun benda percuma. Faham-faham je lah.


Itu jika kesalahan melibatkan denda, jika melibatkan penjara, lebih kasihanlah dia.


https://www.facebook.com/abdulrahmanabdollah/posts/3060056384266148


Nasib orang miskin begitulah. Haknya kerap dinafikan. Kesusahannya tiada siapa yang pandang.


Sebab itu hadis kata orang miskin masuk syurga 500 tahun lebih awal dari orang kaya.


Dari Abu Hurairah, Rasulullah ﷺ bersabda,


يَدْخُلُ فُقَرَاءُ الْمُؤْمِنِينَ الْجَنَّةَ قَبْلَ الأَغْنِيَاءِ بِنِصْفِ يَوْمٍ خَمْسِمِائَةِ عَامٍ


"Orang beriman yang miskin akan masuk syurga sebelum orang-orang kaya iaitu lebih dulu setengah hari yang sama dengan 500 tahun." [HR. Ibnu Majah no. 4122 dan Tirmidzi no. 2353. Disahihkan Syaikh Al Albani].


Satu hari di akhirat sama dengan seribu tahun di dunia. Sebagaimana yang Allah تعال sebutkan,


وَإِنَّ يَوْمًا عِنْدَ رَبِّكَ كَأَلْفِ سَنَةٍ مِمَّا تَعُدُّونَ


"Sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun menurut perhitunganmu. [QS. Al Hajj: 47].


Oleh itu, setengah hari di akhirat sama dengan 500 tahun di dunia. [Rujuk Tuhfatul Ahwadzi 7: 68].


Mereka yang mempunyai kuasa mendakwa pula ingatlah. Setiap perbuatan pasti akan diadili.


Sedangkan kambing yang menanduk kambing lain pun akan diqisas. Inikan pula kalian tuan-tuan dan puan-puan yang memegang kuasa dan bala tentera terhadap rakyatnya yang lemah.


Dari Abu Hurairah رضي الله عنه, Nabi ﷺ bersabda,


لَتُؤَدُّنَّ الْحُقُوقَ إِلَى أَهْلِهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُقَادَ لِلشَّاةِ الْجَلْحَاءِ مِنَ الشَّاةِ الْقَرْنَاءِ


"Sungguh semua hak akan dikembalikan kepada pemiliknya pada hari kiamat. Sehingga diqisas kambing yang tidak bertanduk kepada kambing yang bertanduk." [HR. Ahmad 7404 & Muslim 6745].


Mungkin mereka akan berkata kami hanya ikut arahan pihak atasan. Kita katakan, semoga berjayalah menjawab seperti itu dihadapan Allah nanti. Di dunia mungkin mudah untuk berdolak dalik, mungkin boleh jadikan bahan senda gurau, siap boleh bg emoji ketawa.


Sedangkan di sana, Agama telah beri amaran, tiada ketaatan dalam hal yang mungkar.


Rasulullah ﷺ bersabda,


لَا طَاعَةَ فِي مَعْصِيَةٍ إِنَّمَا الطَّاعَةُ فِي الْمَعْرُوفِ


"Tidak ada ketaatan di dalam maksiat, taat itu hanya dalam perkara yang makruf" [HR. Bukhari, no. 7257, Muslim, no. 1840].

 

Berapa ramai yang sudah kalian aniaya? Tunggu sahajalah pembalasan di atas perbuatan-perbuatan kalian. Takutilah setiap doa orang yang teraniaya, kerana doa mereka makbul di sisi Allah.


Nabi ﷺ bersabda,


وَاتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُومِ ، فَإِنَّهُ لَيْسَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ اللَّهِ حِجَابٌ


"Hati-hatilah dengan doa orang yang dizalimi. Ingatlah tak ada hijab antara dirinya dengan Allah (doa tersebut akan diijabahi, tak tertolak, pen-)." [HR. Bukhari, no. 1496 dan Muslim, no. 19].


Ingatlah. Dunia ini punya Penguasa!


Kredit:

1. rumaysho.com

2. muslimah.or.id

3. konsultasisyariah.com




Comments