Etika Dan Toleransi Pembela Anjing.

Etika dan Toleransi Pembela Anjing (Kami Dibuli Anjing Anda).

Malaysia hidup berbilang kaum. Sebagaimana jelas kita juga tahu di Malaysia adanya Melayu, Cina dan India di bawah satu komuniti. Namun, topik kali ini sebenarnya lebih nak tekankan tentang toleransi dengan haiwan yang bernama anjing.

Di Malaysia, bukan India dan Cina sahaja yang membela anjing. Malah, ada juga kawan-kawan Melayu saya yang membela anjing. Jadi untuk kita tujukan artikel ini kepada India dan Cina semata-mata adalah sangat tak kena lah.

Kita faham orang yang membela anjing ni ada pelbagai sebab. Jaga rumah, jaga ternakan, tolong jalan orang buta dan bagi kebiasaan Cina dan India pula ialah sebagai haiwan yang dimanja.

Perlu faham bahawa anjing ialah haiwan yang ganas. Kita tak boleh nafikan betapa buasnya anjing secara fitrahnya. Pergaduhan sesama anjing juga boleh mengundang maut.

Kenapa saya terpanggil untuk menulis isu ini, kerana saya bekerja di dalam industri kurier dan logistik. Rakan-rakan saya pula ramai yang menjadi rider e-hailing. Sering sahaja terbuka topik sesama kami ialah topik dikejar anjing malah digigit dan ada yang sampai terpaksa ke hospital dek dibuli anjing. Lebih teruk lagi, anjing-anjing ini bertuan.

Kami yang menekan loceng pagar rumah anda, disambut dengan gonggongan anjing yang marah tanpa sebab. 'Rider' kami dikejar walaupun diluar pagar rumah sehingga terpaksa berpusing jauh semata-mata nak menghantar ke rumah yang kadang² bukan rumah pemilik anjing itu sekalipun.

Belum lagi termasuk rider² yang cedera. Bukan sahaja rider², malah orang awam yang lain juga turut jadi mangsa. Kita dah lebih 60 tahun merdeka tapi isu-isu seperti ini masih belum selesai.

Rumah yang ada anak kecil, anaknya asik menangis tanpa henti dek gonggongan anjing jirannya tanpa henti. 

Bukan salah membela anjing, tetapi sebagai tuan punya anjing sepatutnya mengawal tindakan anjing sendiri. 

1. Latih anjing anda. Anjing sepatutnya menjadi haiwan yang mudah dilatih.
2. Jangan bagi anjing anda bergonggong tak tentu pasal di luar rumah. 
3. Ikat anjing anda supaya tidak mencederakan orang lain.
4. Jangan biarkan anjing anda merayau-rayau diluar pagar rumah. 
5. Hormati jiran anda yang ada anak kecil, orang tua, yang ada masalah jantung dan lain-lain.


Sebagai pembela anjing, anda tidak boleh lepas tangan dan melanggar semua etika ini dengan alasan 'keselamatan' atau 'safety'. Tidak adil anda cakap 'nak jaga safety' kalau akhirnya penghantar surat, dan penghantar makanan pula yang dicederakan oleh anjing anda. 

Akhirnya anda marah kenapa posmen main campak-campak je barang anda. Sedangkan posmen kadang kala terpaksa campak dari jauh sahaja barang anda kerana takut diserang anjing 'penjaga rumah' itu.

[Legasi Pemikir - LEKIR]


Comments