OLEH: Dr Sahul Hamid Mohamed Maiddin.
Kita bukan tinggal di negara yang beriklim sejuk. Tali leher dan 'vest' itu sesuai sangat jika suhu kita sekitar 16-27 darjah celcius. Itulah tujuan 'vest' pun, untuk menahan sejuk di dada. Bukan sekadar untuk kelihatan 'smart'.
Paling tidak pun, pihak sekolah perlu membenarkan anak-anak di sekolah menanggalkan 'vest' selepas jam 10 pagi. Benarkan mereka belajar dalam suasana yang kondusif dan selesa. Bukan mengeluh panas dan terpaksa mengesat peluh yang menitis di dahi dan muka. Kita yang tengok pun rimas, apatah lagi mereka yang memakainya.
Mohon sangat pihak Kementerian Pendidikan mengambil maklum hal ini. Arahan perlu datang dari atas supaya ia dilaksanakan tanpa banyak soal.
#shmkritiksosial
-Sahul HM-
Comments
Post a Comment