April Yang Mencabar Di Baitul Maqdis.

OLEH: Mohd Faizal Sabhon


APRIL 2022 YANG MENCABAR DI BAITUL MAQDIS

1.Ramadhan pada tahun ini jatuh pada bulan april.Mungkin akan bermula dari 3 April hingga 2 Mei.Umat Islam akan berpuasa di siang hari dan melaksanakan solat taraweh di malam hari.Tiga Masjid utama Umat Islam akan menjadi tumpuan.Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Al Aqsa.

2.Seperti biasa, bulan april yang mana pada tahun ini jatuh pada 15-22 april adalah merupakan perayaan passover Yahudi yang akan meraikan ulang tahun memperingati Exodus atau الخروج , memperingati kejayaan Bani Israel keluar dari Mesir.

3.April bagi penganut kristian ortodoks pula yang pada tahun 2022 ini jatuh pada 17-24 april akan meraikan Hari Easter yang menurut kepercayaan mereka bagi memperingati Jesus dihidupkan kembali selepas disalib.

4.Kesemua ini akan tertumpu ke BAITUL MAQDIS sama ada di Masjidil Aqsa dan tempat-tempat tertentu dalam Baitul Maqdis.

5.Penganut ketiga-tiga agama akan berpusu-pusu menjadikannya kawasan tumpuan dengan ibadat masing-masing di tengah-tengah kawalan polis, tentera dan pihak berkuasa Israel.

6.Maka, di sini point kita.Masing-masing, muslim dan yahudi menpunyai pelampau dan ekstrimis.Muslim dari kalangan HAMAS manakala Yahudi dari kalangan penduduk penempatan haram مستوطن . Apabila mendengar perkataan penduduk haram, orang Malaysia jangan samakan pula mereka dengan penduduk haram Filiphina di sabah.Nope, mereka dilindungi oleh undang2 tempatan Israel.Mereka ini “haram” Hanya di sisi Liga Arab dan politik negara arab sahaja

7.Apakah jaminan tiada pertembungan dan provokasi? Ingat dalam krisis Kejiranan Syeikh Jarrah tahun lepas, apabila ada krisis siapa yang lakukan provokasi serangan hingga mencetuskan perang singkat? Selepas pengumuman genjatan senjata, siapa yang memprovok di Masjidil Aqsa? 

8.April tahun ini terdedah kepada pelbagai kemungkinan dan situasi di Baitul Maqdis dan Masjdil Aqsa.

9.Dalam apa-apa situasi dan kemungkinan, jalan penyelesaian ada dua sama ada politik secara rundingan dan diplomatik mahupun agresif berbalas serangan.

10.Kawasan berkenaan masih dikategori kawasan pertikaian, bergolak dan perebutan.Maka di sinilah kita semua perlu faham, kenapa PBB mengesyorkan bersama diplomatik arab dan negara-negara arab yang faham situasi di sana mahukan penyelesaian dua negara, pembahagian ibu negara Baitul Maqdis Timur dan Barat DAN meletakkan tentera pengaman di Baitul Maqdis.

11.Apa tindakan kita? Kalau di Malaysia, kerajaan perlu pastikan Malaysia kekal bebas dan tidak berpihak kepada pihak yang bertelagah dan tidak sesekali terlibat dalam sebarang tindakan yang dilihat atau seperti mencampuri urusan dalaman negara-negara arab.

12.Terutama sekali, soal DERMA.Pastikan saluran derma hanya kepada UNRWA dan atau Jabatan Wakaf Baitul Maqdis yang berpusat di Jordan.

14.Hanya mereka berdua telus dan mempunyai data lengkap keperluan-keperluan di GAZA dan TEBING BARAT.Selain ini, ia terdedah kepada manipulasi politik pihak yang berkepentingan dan tidak mustahil sampai ke tahap dieksploitasi untuk pembelian senjata yang akan menyumbang tindakan agresif di mana pada situasi ini, ia dilihat secara tidak langsung satu jenis campur tangan dalam politik negara-negara arab.

[Legasi Pemikir - LEKIR]



Comments