Afghanistan, Pemakaman Kerajaan.

OLEH: Halim Abdurrahman Halim

Afganistan, Graveyard Of Empires

Afganistan adalah negara yang paling sukar ditakluki di dunia. Sebab itu kenapa negara tersebut digelar 'Graveyard Of Empires'. Sejak dari zaman Alexender The Great, Mongol, Munghal, Empayar British, Soviet hinggalah ke NATO dan US, tanah ini menjadi kubur buat mereka semua.

Soviet Russia pernah ditendang keluar oleh pejuang Afgan pada penghujung 80an, kemudian US tahun lepas melarikan diri dari negara tersebut setelah Taliban mengepung ibu kota. 

Agaknya veteran-veteran perang dari Russia dan US mungkin rasa lebih berbangga menceritakan diri mereka berperang di Afgan berbanding di negara lain (Iraq/Syria/Kuwait..), kerana ia merupakan kayu ukur betapa 'hebatnya' mereka dapat bertarung dengan tentera (Afgan) paling rumit untuk dikalahkan.

Comments