Semua Surat Rasmi Kerajaan Ke Negara Luar Guna Bahasa Melayu

 OLEH Taufiq Tuah

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dah mengesahkan bahawa Wisma Putra akan menggunakan Bahasa Melayu di dalam surat rasmi ke negara luar. Kata beliau lagi, penggunaan bahasa Melayu itu akan terus digunakan dalam mesyuarat dan pertemuan antarabangsa, termasuk sidang kemuncak ASEAN dan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). 

Bagi saya ini ialah anjakan yang sangat baik bagi memartabatkan Bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa. Sebelum ini, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pernah memberikan ucapan di Persidangan Ke-26 Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC COP-26) di Glasgow, Scotland. dalam Bahasa Melayu.

Saya memandang hal ini sebagai hal-hal yang positif. Tiada isu "Macam mana diorang nak faham?". Kerana kalau nak ikutkan logik, kenapa pula kita nak faham Bahasa Inggeris? atau ketika persidangan antarabangsa melibatkan negara yang gunakan bahasa mereka sendiri, tidak pernah menjadi isu "faham ke?" dikalangan negara lain.

Negara jiran kita Indonesia juga menggunakan bahasa mereka di persidangan antarabangsa. Saya memandang tindakan ini ialah tindakan yang positif. Jika bukan kita yang memartabatkan bahasa kita, siapa lagi?


[Legasi Pemikir - LEKIR]


Comments