Kempen Malaysia Bebas Asap

 OLEH: Ustaz Idris Sulaiman



Kempen káfir Bárat bagi memandulkan ekonomi negara dan membantutkan semua pembangunan.

Melalui penutupan kilang-kilang buatan, pengharaman kenderaan-kenderaan petrol dan diesel serta segala eksplorasi minyak yang dihentikan.

Walhal ekonomi negara sangat bergantung kepada pengeluaran kilang-kilang tempatan dan hasil jualan minyak Petronas manakala kenderaan-kenderaan petrol dan diesel menjadi nadi penggeraknya.

Justeru ia merupakan slogan yang bunyinya manis lagi indah tetapi isinya racun lagi menjahanamkan.

Propaganda musuh bagi meranapkan negara.

Muslim sewajarnya berhati-hati dan sentiasa curiga dengan segala ‘nasihat’ musuh yang sebenarnya mahu melihat negara menjadi lemah, tunduk kepadanya.

Sedangkan Allah ﷻ berfirman:

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ لَا تَتَّخِذُوا۟ ٱلۡكَـٰفِرِینَ أَوۡلِیَاۤءَ.

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang káfir menjadi sekutu rapat kamu."

[Al-Quran, al-Nisa', 4:144]

Sekutu rapat yakni penjaga, penasihat, pemberi tunjuk ajar dan seumpamanya.

Sedangkan permusuhan kafir Yáhudi dan Násráni terhadap Islam sudah terang lagi jelas.

Firman Allah ﷻ:

وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡیَهُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمۡ.

"Orang-orang Yáhudi dan Násráni tidak sekali-kali akan reda dengan kamu sehinggalah kamu menurut agama mereka."

[Al-Quran, al-Baqarah, 2: 120]

-------------------

Kempen bebas asap, pemuliharaan alám sekitar, penipisán lapisán ozon, pemanásan globál, peningkátan air láut, pencáiran ais Kutub Utára, perubáhan iklim (climate change) - semuanya sebakul. 

Mereka sudah lama rancang, kita jangan lalai.

-------------------

Daripada Allah jua kita memohon jagaan dan perlindungan. 




[Legasi Pemikir - LEKIR]

Comments