OLEH: Raja Adley Paris
Allah Jalla wa A'la telah berfirman dalam kitab-Nya yang agung, mafhumnya:
'Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong dengan melampau-lampau.
Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari kedua (kederhakaan itu), Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu), dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.
Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak-pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.
Jika kamu berbuat kebaikan (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu, dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya) dan untuk memasuki Masjid (Bait al-Maqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama, dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.'
(Al-Quran al-Karim, Surah al-Isra' 17: 4-7)
Nota
1. Serangan yang pertama dilakukan oleh Raja Nebuchadnezzar dari kerajaan Babylon ke atas kaum Bani Israil pada tahun 587 SM.
2. Serangan yang kedua pula dilakukan oleh Titus yang Agung dari Kerajaan Rom ke atas Bani Israil pada tahun 70 M.
[Legasi Pemikir - LEKIR]
Comments
Post a Comment