Syah Ismail Ash-Shafawi: Raja Yang Membunuh Sejuta Manusia

OLEH: Halim Abdurrahman


Pertama sekali saya nak cerita dulu tentang datuk kepada Syah Ismail, Syaikh Shafiuddin Al-Ardabili. 

Syaikh Shafiuddin Al-Ardabili (1252-1334M) merupakan seorang Syiah yang sentiasa bercita-cita tinggi untuk mengembangkan pengaruh syiahnya sekaligus dialah perintis kepada kerajaan Syiah Safawid di Iran. Disebabkan Shafiuddin ini merupakan seorang pemuka agama, dia menggunakan 'taqiyah' untuk menyembunyikan mazhab sebenarnya dan mengaku konon dia beraliran Syafie. Dia juga mempunyai pengikut cukup ramai dari kalangan para Sufi dan Darwisy, dari pengaruhnya itu ajarannya terus tersebar. Bahkan dengan berani meniupkan berita kepada pengikutnya bahawa dia merupakan keturunan Ahlul Bait. 

Kemuncaknya adalah, setelah segala jalan terbentang luas bagi pengaruh keluarga Shafiuddin, kemudian cucunya bernama Syah Ismail pula memainkan peranan dengan mengisytiharkan diri hadapan umum bahawa dia (Ismail) adalah bermazhab Syiah dan dia adalah Ahlul Bait yang layak untuk menuntut kekuasaan pemerintah. Bahkan dakwaan itu dikuatkan lagi dengan dukungan Sultan Haidar yang mengatakan bahawa Ismail bersambung rantaian Ahlul Bait sampai kepada Musa Al-Kazim. Lalu bermulalah Kerajaan Syiah Safawid di bawah pemerintahan Syah Ismail.

Setelah Syah Ismail mengisytiharkan diri sebagai Syiah, dia juga mahu rakyatnya menganut agama dan kepercayaan yang sama. Dia inginkan Syiah menjadi mazhab rasmi kerajaan dan Mazhab Sunni dimansuhkan dari entiti rasmi. Bagi memastikan rancangan itu tercapai, antara jalan yang ia lakukan ialah dengan menghimpunkan kekuatan daripada pengikut dan pendukungnya yang terdiri daripada sisa-sisa Al-Ubaidiyun di Mesir, Ismailiyah atau Safawid sendiri di Iran. Kemudian kekuatan ini disatukan dengan membentuk tentera bagi menghadapi kelompok ahlus sunnah yang menentang rancangan mereka. Kekuatan itu semakin utuh apabila dia banyak meminta bantuan pada kabilah-kabilah Al Tarlabasy yang berasal dari keturunan Turki untuk menjadi inti kekuatan ketenteraannya.

.

KEKEJAMAN SYAH ISMAIL 

Ismail Al-Shafawi  dikenal sebagai indivu yang kejam dalam peperangan dan tidak segan-segan melakukan tindakan ekstrim terhadap para penentang, khususnya jika pihak penentang itu adalah kalangan ahlus sunnah. Dalam banyak siri peperangan ketika menakluk kerajaan 'ajam (bukan arab), dia banyak melakukan pembunuhan terhadap orang yang dia kalahkan kemudian memberikan harta rampasan kepada rakan-rakannya tanpa dia mengambil harta tersebut untuk bahagiannya sendiri. Beberapa wilayah yang dia kuasai adalah Tibriz, Azerbeijan,Baghdad, Iraq non-Arab dan lraq-Arab serta Khurasan. Sampai satu ketika dia hampir mengaku menjadi Tuhan kerana kejayaan demi kejayaan yang ia capai.

Seperti kata Quthbuddin Al-Hanafi dalam bukunya Al-Alam, "Sesungguhnya dia telah membunuh lebih dari sejuta manusia. Satu hal yang belum pernah terjadi di masa Jahiliyah, apalagi di masa Islam, tidak pula pada umat-umat terdahulu. Dia juga membunuh sejumlah besar ulama ternama, sehingga tidak ada seorang alim pun yang tersisa di negeri-negeri non-Arab. Dia membakar semua mushaf dan buku-buku para ulama, dan menolak dengan keras Abu Bakar dan Umar serta Uthman sebagai khalifah.

Walaupun terkenal kejam, pengikutnya tetap taksub dengannya. Sampai satu ketika pernah sapu tangannya terjatuh ke laut dari sebuah tebing tinggi, tanpa memikir panjang lebih seribu sahabat dan pengikut terjun ke dalam laut untuk mendapatkan sapu tangan tersebut sehingga ada yang patah tulang dan tenggelam gara-garanya. Mereka percaya bahawa Syah Ismail mempunyai sifat-sifat keTuhanan yang wajar disanjung dan dipuja.

Kisah tentang Syah Ismail Safawid, dia tidak pernah kalah dalam mana-mana peperangan. Tapi akhirnya pada  920H/1514M, dia kalah di tangan Sultan Salim I, dari kerajaan Bani Uthmaniyyah. Bagaimana Sultan Salim boleh terlibat? Kelak akan saya ceritakan.



Lakaran: 

Perang Shirvan antara Syah Ismail vs Farrukh Yassar. Kempen perang ini adalah kempen pertama pimpinan Syah Ismail. Tentera Syah Ismail terdiri daripada 7000 orang manakala di pihak Farrukh Yassar (Shirvan) berjumlah 27,000 orang. Kemenangan berpihak kepada Syah Ismail Ash-Safavid. Peristiwa ini berlaku antara Disember tahun 1500-1501.


[Legasi Pemikir - LEKIR]

Comments