Equal / Equality

 OLEH: Ustaz Idris Sulaiman


- Kenali istilah-istilah gerakan LĠBŤ 

Ramai mungkin tidak sedar bahawa tulisan EQUAL dan perkataan Equality (Kesamaan) kini membawa maksud tertentu yang berkait rapat dengan gerakan songsang LĠBŤ. 

Pada tahun 2013, Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia (OHCHR) telah melancarkan kempen ‘UN FREE & EQUAL’ bagi mempromosikan kesamaan dan layanan adil buat golongan LĠBŤ di seluruh dunia. 

Kempen ini memberi fokus kepada pengguna-pengguna media sosial melalui hantaran video, lukisan grafik dan penyebaran informasi ke seluruh dunia di samping mengadakan acara ‘UN FREE & EQUAL’ di hampir 30 buah negara dengan sokongan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, pemimpin-pemimpin politik, komuniti, agama dan selebriti di serata pelosok dunia. 

Beberapa orang selebriti telah dinobatkan sebagai ‘Equality Champions’ (Jaguh-Jaguh Kesamaan) termasuklah penyanyi Amerika Syarikat Ricky Martin, pemain alat muzik Afrika Selatan Yvonne Chaka Chaka, pelakon Bollywood Celina Jaitly, bintang pop Caniela Mercury, penyanyi hip-hop Maclemore dan Ryan Lewis. 

https://www.unfe.org/about-2/



Yayasan Kempen Hak Asasi Manusia, Amerika Syarikat pada tahun 2021 telah mengeluarkan ‘Corporate Equality Indeks’ (Indeks Kesamaan Korporat) khas bagi penarafan kesamaan tempat-tempat kerja bagi golongan LĠBŤ. 

https://reports.hrc.org/corporate-equality-index-2021



Indeks Kesamaan Korporat ini telah menjadi penggerak bagi menentukan dasar, amalan dan faedah  yang saksama buat golongan LĠBŤ di Amerika Syarikat. 

Syarikat-syarikat perniagaan disarankan supaya menyediakan suasana kerja yang kondusif untuk golongan LĠBŤ bagi meraih penarafan indeks yang memuaskan. 

Terdapat 4 kriteria utama dalam Indeks Kesamaan Korporat: 

1. Dasar tanpa diskriminasi di seluruh entiti perniagaan;

2. Faedah-faedah saksama untuk pekerja-pekerja daripada kalangan golongan LĠBŤ dan ahli keluarga mereka; 

3. Menyokong budaya inklusif; 

4. Tanggungjawab sosial korporat.

Syarikat-syarikat korporat Amerika Syarikat yang menyokong undang-undang pro-LĠBŤ terus meningkat saban tahun. 

Kini terdapat lebih 320 buah syarikat besar Amerika Syarikat yang telah menandatangani sokongan buat rang undang-undang kesamaan yang menyokong perlindungan buat golongan LĠBŤ di bawah perundangan persekutuan. 

Antara syarikat-syarikat ini ialah: 

Adobe. Inc.

American Airlines

Apple Inc. 

Bridgestone Americas Holding Inc. 

Citigroup

Hewlett Packard Enterprise Co. 

Ikea Holdings US Inc. 

Intel Corp.

Kellogg Co. 

Levi Strauss & Co. 

MacAffe LLC

Microsoft Corp. 

Morgan Stanley

PepsiCo Inc.

Sony Electronics Inc. 

Spotify USA Inc. 

dan banyak lagi.

-------------------

CATATAN: 

Tulisan PRIDE atau istilah Gay Pride pula merujuk kepada gerakan besar-besaran di seluruh dunia untuk memupuk rasa bangga dan berani dalam kalangan golongan LĠBŤ. 

Begitu juga dengan istilah orientasi seksual (sexual orientation), identiti gender (gender identity), kepelbagaian seksual (sexaul diversity) dan queer yang berkait rapat dengan fahaman LĠBŤ.

Barangkali ada yang terkejut jika tahu bahawa sekarang ada perselisihan dalam kalangan masyarakat Barat tentang maksud perkataan lelaki (man) dan perempuan (woman), dan sama ada gender terbatas kepada hanya dua atau ia lebih daripada itu. Punah.

Daripada Allah jua kita memohon perlindungan buat diri dan ahli keluarga daripada segala diayah yang merosakkan. 

[Legasi Pemikir - LEKIR]

Comments