OLEH: Taufiq Tuah
Tarikh debat politik telah disusun berderet seperti di dalam poster saya. Saya melihat ini sebagai salah satu rencam politik baharu bagi Malaysia.
Benar, ini bukan kali pertama Malaysia adakan debat politik. Sebelum ini juga telah beberapa kali diadakan debat sehingga bersiaran langsung juga di TV3.
Berkali-kali juga program 'diskusi' yang dianjurkan oleh syarikat akhbar tempatan akhirnya menjadi sesi debat politik secara tak sengaja. Namun kali ini ialah deretan perdebatan yang dibuat secara sengaja (with intention).
Kali ini bukan sahaja disiaran langsungkan ketika debat antara tokoh besar Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dengan Dato' Seri Najib Tun Razak (DSN) malah juga ketika perdebatan sesama ahli parti PKR sendiri. Apa yang dapat kita lihat di sini?
Saya melihat ini sebagai salah satu strategi bagi PKR menaikkan kembali pengaruh mereka. Apabila menyusun debat antara sesama ahli dan kemudian antara DSAI dan DSN. Dalam deretan ini, setidak-tidaknya 3 orang tokoh besar PKR telah di-publicity-kan nama mereka.
Juga menampakkan seperti PKR ini terdiri daripada jagoan-jagoan yang boleh bercakap dengan penuh karismatik. Seolah-olah mengatakan PKR ialah parti yang bakal dominan di dalam blok pembangkang.
Persoalan saya, adakah parti-parti lain juga akan turut ikuti langkah yang sama? Mem-publicity-kan perdebatan untuk menunjukkan belang masing-masing. Adakah budaya mem-publicity-kan debat ini akan terus menerus dijadikan budaya dan bulan Mei 2022 sebagai pembuka tirainya?
Impak positif berdebat secara awam ini ialah rakyat boleh menilai hujah mereka. Namun perlu juga rakyat sedar bahawa kata-kata yang indah memang mudah diungkapkan, namun melaksanakannya itu hal yang lain. Siapa sahaja yang kita merasakan kuat hujah dan janjinya, belum tentu pun dapat melaksanakan kata-katanya.
Perdebatan secara awam atau tertutup, akan tetap memberikan 'checks and balances'. Memandangkan di dalam parlimen, suara YB² pun dibatasi waktu dan diganggu YB lain. Maka ada baiknya pentas debat awam ini menjadi alternatif bagi para politikus bertempur idea secara matang.
Comments
Post a Comment