OLEH: Taufiq Tuah
Ini lah sifat orang kita dalam perniagaan, takut orang lain lagi kaya. Atau lagi tepat, takut orang lain yang kita kenal lagi kaya dari kita. Kalau orang tu kita tak kenal, isu ni kurang jadi.
Saya bagi contoh mudah iaitu dalam perniagaan. Pengambilan agen untuk produk Daging Perap Belanga Recipe macam dalam link ni https://widurionline.com.my/index.php/product/marinated-beef-special-daging-ghimau-mengaum/ Produknya sedap dan bertaraf antarabangsa. Dah pun berjaya menembusi expo antarabangsa hanya selepas beberapa bulan 'launch'. Maksudnya produk ni ada potensi dan 'margin' pun tinggi.
Tapi apabila di 'offer' agen untuk kenalan, ada yang taknak jadi agen. Banyak alasan yang keluar dan saya tak ambil hati. Sebab anggap mereka belum bersedia atau memang tak minat. Tapi ada satu alasan yang asyik bermain dlm fikiran saya iaitu "nanti aku buat kerja, kau yang lagi kaya".
Saya tak sangka kenalan saya sendiri ada yang berfikiran seperti ini. Maka saya pun nak jelaskan lah.
1. Berniaga ni kena ada niat yang baik. Niat lah kerana Allah, mencari rezeki, mencari nafkah dll. Jika faham kita meniaga ni nak cari rezeki, apa yang dapat, syukuri.
2. Tiada lagi isu "ish kenapa kedai sebelah lagi kaya dari aku?" . Kita jangan terikut-ikut cara org baru nak up yang asik nak bandingkan rezeki kedai dia dgn kedai orang lain. Apa yg kedai sebelah dpt, tu rezeki dia. Rezeki kita ni yg kita ptt fokuskn.
3. Jgn takut kalau ada yg lg kaya dari kita. Fahami konsep rezeki dan syukur. Buang sifat dengki.
Disclaimer: Untung agen sebenarnya lg tinggi dari suplier. Jadi takde istilah agen kayakan HQ Belanga Recipe. Rezeki masing², kita berjaya sama² Insya-Allah.
Yang lagi saya pelik, golongan yang tak kisah orang lain kaya ni kebanyakannya ada dalam MLM. Sedangkan sistem piramid ialah sistem yg menindas. Orang bawah buat kerja pulun, untuk bg orang atas dapat duit pasif. Tapi ramai pula orang kita sertai.
Jadi dalam meniaga ni, perbetulkan niat. Meniaga kerana mencari rezeki untuk diri dan keluarga.
[Legasi Pemikir - LEKIR]
Comments
Post a Comment