OLEH: Halim Abdurrahman
Pihak yang kata Melayu Sarawak adalah pendatang, bahkan mereka hanya guna point bahawa Melayu Sarawak berasal dari Sumatera. Kenyataan itu tidak tepat. Ya, memang ada sebahagian berasal dari Sumatera. Tetapi itu tidak akan menutup bukti bahawa Melayu Sarawak sebahagian besar memang berasal dari Sarawak sendiri, atau lebih tepat mereka adalah antara penghuni Pulau Borneo.
Sebelum kedatangan penjajah Inggeris dan Belanda, tidak ada sempadan khusus yang memisahkan negeri-negeri dalam Borneo. Melayu bebas pergi ke mana sahaja, Dayak juga bebas pergi ke mana sahaja. Dayak Sarawak juga sebahagiannya berasal dari Kalimantan, tidak pernah kami kata Dayak itu pendatang. Begitu juga Melayu Borneo yang sememangnya wujud dari utara Sabah, Tanjung Datu hingga ke setiap penjuru Kalimantan.
Ada 14 kerajaan tamadun Melayu di seluruh Borneo sejak berabad-abad. Adakah tetap mahu berkeras kata mereka semua berasal dari Sumatera? Akal sepatutnya letak di kepala, bukan di lutut. Fikir-fikirkan.
1. Kesultanan Brunei
2. Kesultanan Sambas
3. Kesultanan Banjarmasin (Orang Banjar)
4. Kesultanan Pontianak
5. Kesultanan Kutai Kartanegara ing Martadipura
6. Kesultanan Pasir
7. Kesultanan Kotawaringin
8. Kesultanan Pagatan
9. Kesultanan Berau
10. Kesultanan Sambaliung
11. Kesultanan Gunung Tabur
12. Kesultanan Tidung
13. Kesultanan Bulungan
14. Kesultanan Sanggau
[Legasi Pemikir - LEKIR]
Comments
Post a Comment