British Lagi Kejam Dari Jepun?

 OLEH: Halim Abdurrahman


Ada pihak kata British lagi kejam dari Jepun. Tidak, sebenarnya Jepun jauh lebih kejam. Semasa penaklukan Nanking pada 1937, tentera Jepun telah melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyat China yang terperangkap dalam ibu Kota Nanking.

Dianggarkan lebih 200-300 ribu menjadi korban pembunuhan. Orang awam terutama lelaki dipenggal kepala, ditembak, kanak-kanak dibunuh, wanita dirogol dan yang mengandung pula dirobek isi perutnya.

Pada mula, tentera Jepun hanya mencari dan menangkap tentera China yang bersembunyi dalam ibu kota tersebut untuk dibunuh. Lalu timbul kekeliruan sehingga orang awam juga turut ditangkap serta dituduh sebagai tentera China. Kemudian suasana menjadi tidak terkawal sehingga tentera Jepun semakin haus untuk membunuh sesiapa sahaja dalam kota Nanking, sampaikan jumlah korban tidak terkira banyaknya. Bahkan pemimpin tertinggi tentera saling bersaing siapakah paling ramai menangkap dan membunuh 'musuh', walhal hakikatnya yang dibunuh adalah semata orang awam.

Disebabkan terlampau banyak mayat bergelimpangan sampai memenuhi gigi sungai, semua mayat tersebut dibakar. Kepala-kepala yang dipenggal dijadikan trofi dan banyak hal mengerikan menggambar betapa sadisnya tentera Jepun.

Ada banyak bukti gambar brutal yang dilakukan tentera Jepun dalam peristiwa tersebut, boleh  cari sendiri di google. 



Sejauh mana kejamnya British? Semasa kebangkitan India pada 1857, ramai penentang terbunuh dan dihukum dengan cara cukup kejam. Salah satu bentuk hukuman ialah dengan mengikat tawanan di muncung meriam, selepas itu meriam ditembak sekaligus badan tawanan berkecai ke udara.
.
Keluarga Sultan Bahadur Shah II (Raja Munghal terakhir), dibunuh di hadapan Sultan oleh British. Manakala baginda dibuang ke Burma dan meninggal di sana.


[Legasi Pemikir - LEKIR]




.

Comments