Free Thinkers: Suara Liberal Yang Tidak Disekat

OLEH: Taufiq Tuah

Pada beberapa ketika saya bersembang dengan seorang sahabat saya berkenaan isu 'liberal' (jadi tertolak lah tuduhan lelaki kalau jumpa hanya sembang pasal pompuan). Pemahaman asal saya tentang Liberal ialah sesiapa sahaja yg sepandangan dan sekufu dengan pemikiran Asiah Abd Jaleel dan Sitiy Kaseem.

Kemudiannya sahabat ni memberitahu saya bahawa itu bukan Liberal tetapi itu ialah 'Free Thinkers'. Bagi sahabat saya ini, Liberal ialah orang yang tahu sesuatu itu salah, namun tetap sahaja melakukan kesalahan itu tanpa menidakkan perkara itu salah.

Definisi 'liberal' bagi sahabat saya ini ialah semakna dengan definisi 'fasiq'. Free Thinkers pula ialah golongan pelampau seperti nama yg saya sebutkan tadi.

Setelah lama berfikir, saya seperti setuju dengan nama 'Free Thinkers' itu ditujukan kepada pelampau ini kerana dalam bahasa Arab pun golongan ini digelar 'Hurriyatul Fikr' yang juga bermaksud 'Free Thinkers' atau 'Pemikiran Bebas'. Bebas daripada syariat Allah dan bebas dari batas2 agama.  Nauzubillah minzalik.

Akhir-akhir ini, golongan Free Thinkers (FT) ini semakin giat menunjukkan belang. Tular sebuah kelab komedi yang isinya ialah persembahan2 yang menghina Islam sebagai bahan tertawa. Kemudian datang pula beberapa nama yang cuba melupuskan ibadah korban.

Sebelum ini lebih banyak lagi penghinaan terhadap Islam dibuat dan pandangan mempersoalkan syariat Islam dilontarkan. Untuk apa?

Sengaja kita ditekan dan dicuba-cuba. Bak kata orang tu, 'test kemarahan'. Seolah-olah mereka ini cuba untuk mengukur kecaknaan umat Islam dari masa ke semasa. Sehinggalah ketika Muslimin sekaliannya telah bosan dan lali, dan tidak sensitif lagi. Terus mereka akan kutuk dan hina lagi agama ini secara terang-terangan.

Oleh itu, Muslimim perlu sentiasa sensitif. Sila lah marah kepada golongan Free Thinkers ini. Marahlah ketika mereka persendakan agama ini. Marah juga dengan kelab-kelab mereka. Marah juga kepada yang cuba-cuba memusnahkan ibadah korban Aidiladha. Marah juga kepada yang sewenang-wenangnya mengubah syariat mengikut kepala otak mereka sendiri.

Sila lah bangkit, marah dan bising lah. Riuhkan dan zahirkan bantahan kita sebagaimana mereka juga tak putus asa menzahirkan dakyah buruk mereka. Jangan penat kerana mereka juga tidak penat mengutuk dan mempersendakan agama ini.



[Legasi Pemikir - LEKIR]


Comments