Pihak Yang Bising Apabila Santubong Dinobat Sebagai kerajaan Melayu Tertua Dunia

 OLEH: Halim Abdurrahman


Hanya disebabkan sejarawan nobat Santubong sebagai kerajaan Melayu kedua tertua dunia, sudah ada pihak dari etnik lain bising. Jika tidak berpuas hati, buatlah kajian arkeologi untuk etnik sendiri, cari artifak-artifak yang boleh angkat bangsa sendiri dalam lipatan sejarah. Ini tidak, bila orang Melayu buat kajian mengenai bangsanya dan angkat bangsanya sendiri melalui pembuktian artifak dan manuskrip lama maka tiba-tiba ada etnik lain tidak berpuas hati. Selepas itu tuduh bangsa Melayu sebagai pendatang di bumi Sarawak.

Jika ada pihak ini mahu berdebat dengan saya, silakan kita buat diskusi.

Bab seperti ini hanyalah salah faham memahami makna definisi Melayu. Kerana ada kebanyakan faham seolah Melayu yang dimaksudkan itu adalah konteks etnik, walhal ia merujuk kepada rumpun yang mewakili etnik Melayu, Iban, Bidayuh dan kepelbagaian pribumi Borneo. Tambah lagi pada abad 300SM, belum ada kebudayaan Melayu yang wujud ketika itu di Santubong. Ia hanyalah bangsa rumpun Melayu awal yang memiliki identiti kuno.

.


Berdasarkan fakta, ada 13 Kesultanan Melayu yang pernah wujud di Borneo selama berabad-abad. Bukti ini sudah cukup bahawa Melayu di Borneo bukan pendatang. Melayu Borneo adalah Melayu yang sedia wujud dalam pulau Borneo, sama seperti Melayu Sumatera, Riau dan Semenanjung Malaysia.

1. Kesultanan Brunei

2. Kesultanan Sambas 

3. Kesultanan Banjarmasin (Orang Banjar)

4. Kesultanan Pontianak

5. Kesultanan Kutai Kartanegara ing Martadipura

6. Kesultanan Pasir

7. Kesultanan Kotawaringin

8. Kesultanan Pagatan

9. Kesultanan Berau

10. Kesultanan Sambaliung

11. Kesultanan Gunung Tabur

12. Kesultanan Tidung

13. Kesultanan Bulungan


Pihak yang berkeras mahu mengeluarkan Melayu Borneo sebagai sebahagian penduduk asal dan mentakrifkan semua Melayu Borneo sebagai pendatang, dengan alasan Borneo hanya ada satu ras sahaja. Rasanya mereka kena baca kenyataan dari President Filipina, Rodrigo Duterte; 

"Presidential Spokesperson Salvador Panelo told a press conference that the president based his suggestion of changing the country’s name to Maharlika on a "historical perspective" as the proposed name was a Malay word that relates to the Filipino race, SunStar Manila reported.

"He [Duterte] said that [Maharlika] is a Malay word. Since we are Malays, we should have a name identified with us,” the official said."

_________

Dia mentakrifkan semua rakyat asal Filipina adalah Melayu. Tidak kira apa agama atau dari suku mana sekalipun. 


[Legasi Pemikir - LEKIR]

Comments