OLEH: Abu Aqif
Kaji selidik Jabatan Perangkaan mendapati kira-kira 390,000 atau 72.1% lepasan SPM tidak mahu menyambung pelajaran.
Antara alasan enggan menyambung pegajian, dakwa mudah cari kerja dalam sektor ekonomi gig.
Contoh sektor gig seperti grab, foodpanda, ninja van, menjadi influencer, programming, web developer dan sebagainya.
Perkhidmatan ditawarkan berasaskan kemahiran atau kehendak, sama ada secara kontrak jangka masa pendek, pekerjaan bebas atau fleksibel dengan disokong oleh aplikasi teknologi
Mereka ini digelar freelancer atau gigger.
Trend ini berterusan pada 2020 dan 2021. Di luar negara perkara ini sudah biasa.
Apa hala tuju dalam kehidupan itu keputusan masing2, tetapi menuntut ilmu Agama itu wajib.
Tidak ada istilah tidak mahu menyambung pelajaran.
Tetap belajar sampai meninggal.
[Legasi Pemikir - LEKIR]
Comments
Post a Comment