Sri Lanka: Kita Masih Leka Atau Masih Belajar?

OLEH: Pen Merah


Tahun 2022 adalah tahun yang mencabar bagi komunitit Asia terutamanya Malaysia, bermula dari pandemik Covid 19, Perang Rusia Ukraine hingga kepada sektor ekonomi yang menyebabkan berlakunya kenaikan kadar inflasi di kebanyakan negara, namun yang menjadi topik hingga sekarang adalah punca Sri Lanka yang telah Muflis dan hampir kesemua bahan keperluan rakyat Sri Lanka telah pun habis, menyebabkan berlakunya krisis politik yang dijangka akan berlarutan.

Sri Lanka kini hampir kehabisan petrol sepenuhnya dan kerajaan memutuskan menutup perkhidmatan awam yang tidak penting dalam usaha untuk menjimatkan bahan api. ditambah lagi dengan pengumpulan hutang kerajaan yang besar, kenaikan harga minyak dan larangan import baja kimia tahun lalu yang memusnahkan sektor pertanian

Namun, apa penyebab utamanya kejatuhan Sri Lanka?

ada beberapa dan dalam kes Sri Lanka, kitarannya tertumpu kepada salah urus ekonomi, rasuah dan favouritism, suka berhutang serta cukai tidak cekap.

Menyentuh soal rasuah dan favouritism, bintang utama tentunya bos nombor satu Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa. Beberapa dakwaan menyebut bahawa semasa era ‘kegemilangannya’ dari tahun 2010 hingga 2015, terdapat 40 ahli keluarga Rajapaksa dalam Kabinet Sri Lanka! Sekali gus pencapaian baharu untuk kronisme, termasuk seorang ahli keluarganya yang mendapat julukan ‘Mr.10 percent’.

Dikatakan juga bahawa 70 peratus daripada keseluruhan pinjaman atau hutang Sri Lanka dibuat semasa Rajapaksa berkuasa, namun sekarang, siapakah yang akan membayarnya? Anda tentu tahu jawapannya.

Menyentuh salah urus ekonomi pula, pakar-pakar bersetuju bahawa Sri Lanka terlalu bergantung kepada sektor pelancongan untuk mengisi kantung tukaran asingnya tanpa alternatif yang utuh.

Elemen ‘hanky panky’ dalam pentadbiran negara tidak begitu dihiraukan oleh rakyat jelata kerana ‘semuanya berjalan seperti biasa’

Kini negara strategik kedudukannya itu tiada wang untuk membayar import utama iaitu makanan, ubat dan bahan api.

Malaysia perlu belajar apa yang telah terjadi kepada Sri Lanka, walaupun Sri Lanka mendapat mandat baru, pentadbiran baharu, namun Sri Lanka terpaksa berhadapan dengan konflik ini jauh lebih lama ditambah dengan rundingan IMF yang masih belum mendapat persetujuan, bagai "back to circle one"


[Legasi Pemikir - LEKIR]

Comments