Anwar Ibrahim Ejen MOSSAD Kerana Iktiraf Israel?

 OLEH: Taufiq Tuah


Dalam sebuah petikan akhbar telah membuka wajah sebenar DS Anwar Ibrahim (DSAI) yang sebenarnya mengiktiraf Israel dan memberi kelonggaran kepada ElGiBTi.

-------------

New Straits Times, Saturday, Jan 28, 2012.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim says he supports all efforts to protect the security of Israel.

In an interview with Wall Street Journal Asia edition's Shibani Mahtani today, he stopped short of saying that he would open diplomatic ties with the Jewish state........

......Anwar also said that Malaysia's sodomy laws are "archaic" and could be amended.

"It is not my busines to attack people or arrest people based on their sexual orientation," he was quoted as saying.

-------------

Menunjukkan yang beliau menyokong keselamatan Israel dan sekaligus mengiktirafnya.

Kenyataan ini turut disokong keratan seterusnya di 

-------------

Mstar, Khamis, 16 Februari 2012,

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap dengan pendirian untuk mengiktiraf kewujudan negara Israel dan sekaligus menyokong usaha penyelesaian dua negara dalam isu Palestin-Israel itu.....

-------------

Benarkah Anwar Ibrahim sebenarnya ejen MOSSAD?

    1. Kenyataan ini berlegar sekitar tahun 2012. Antara alasan DSAI mengiktitaf Israel ialah untuk kemaslahatan Palestin. Sejauh mana kita bersetuju, itu terpulang masing-masing. Pendirian peribadi saya, kalau kita iktiraf, kita memberikan mereka selangkah lagi keberjayaan pihak Israel.

    2.Ketika 2012, bersama Pakatan Rakyat ialah PAS dan PAS membantah kenyataan rakannya (PKR) ketika itu.

    3.DSAI ahli MOSSAD, perlukan bukti kukuh untuk keterangan ini. Kalau setakat bendera ada mata, atau buat rangkaian sambungan titik jadi tiga segi dekat mana2 bendera PKR, saya kira itu bukan bukti.

    4.PH menerima dana politik dari Yahudi? Yang pasti ahli BERSIH sendiri ada sebut dapat dana dari NDI dan OSI (sekarang OSF). BERSIH menang saman lawan NST sebab NST kata BERSIH dapat dana dari NDE (menakan CIA) tapi rupanya NDI. Yahudi? Wallahualam. 

Cuma jelasnya tak kuat bukti nak kata DSAI ahli MOSSAD. Hanya kerana DSAI iktitaf Israel. Turkiye juga mengiktiraf Israel. Adakah Erdogan ejen MOSSAD?


ADAKAH PKR LIBERAL?

Ya, parti ini termasuk di dalam ahli Liberal International. Bukan suatu rahsia pun lebih² lagi senarai keahliannya boleh diakses awam.




[Legasi Pemikir - LEKIR]



Dapatkan buku Kisah Pelayaran Abdullah Munsyi Ke Kelantan 27 Mac 1838. Sebuah catatan penulisan Abdullah Munsyi sendiri yang telah diterjemah rumikan. 
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI.


Comments