Lubang Israel Ke Malaysia

 OLEH: Taufiq Tuah


Akhir-akhir ini telah tular kemasukan Nas seorang vlogger fb warganegara Israel masuk ke dalam Malaysia. Bagaimana hal ini berlaku?

Rakyat Malaysia tak boleh ke Israel dan begitu juga sebaliknya. Kenapa?

Ringkasnyan jawapan, kerana Malaysia tidak mengiktiraf negara itu. Pengharaman ini pula berkuat kuasa sejak zaman pemerintahan Tun Abdul Razak bin Hussein sehingga kini.

Persoalan, bagaimana Nas masuk ke Malaysia? Sebenarnya Nas sendiri dah bagitahu dalam video² sebelum ni yang dia dah beli pasport negara Caribbean. Disebabkan Israel mengizinkan rakyatnya mempunyai dua kerakyatan, maka mereka boleh sahaja mendapat passport kedua di mana-mana negara lain secara sah.

Sebenarnya ini ialah kelompangan sistem imigresen kita. Secara undang-undangnya, memang tidak salah. Tapi atas dasar apa seorang Israili nak datang ke Malaysia? Walaupun Nas ialah kaum Arab, tapi wala (ketaatannya) kepada negara haram Israel sudah cukup membuatkan kita lebih berwaspada!

Saya kira ini juga sudah cukup untuk menjawab bagaimana kes-kes pembunuhan rakyat Palestin di dalam Malaysia boleh berlaku.

Secara logiknya, rakyat Malaysia sendiri takda sebab nak korbankan rakyat Palestin. Kecuali ada Israili sendiri yang masuk dalam negara kita dan terus menghabiskan riwayat tokoh tertentu.

Contoh, pembunuhan pensyarah UniKL BMI yang berbangsa Palestin, Dr Fadi M R Al Batsh Fatma yang dibunuh pada 2018. Ketika itu dua suspek memegang pasport Serbia dan Montenegro.

Malaysia perlu mencari langkah agar rakyat Israel sekali-kali tidak terlepas memasuki negara kita walaupun dengan pasport negara lain. Mereka tiada keperluan berada di sini. Kita tidak perlu video dari Nas untuk memuji-muji negara kita.


Nas, we dont need you to be in Malaysia. We hate Israili so much especialy when u self-claim to be so loyal to that country.


As per Surah Al-Mumtahanah verse 13,

"Oh Believers, do not make friends with those against whom Allah is wrathful and who are despaired of the Hereafter, as despaired as are the unbelievers lying in their graves..."


Kepada yang belum mengenali siapa Nas, dia ialah vlogger yang kononnya membuat konten video yang baik. Namun bersembunyi disebalik video2 nya ialah mesej2 buruk. Sebagaimana ada videonya yang berbangga untuk menjadi 'less relegious' kerana tidak sembahyang dan melanggar segala perintah Allah.

Kemudiannya Nas telah mencipta agama baharu yang diberi nama Nascissim.

Masih mahu benarkan orang seperti ini, 'plus' dia Israili untuk berkeliaran di dalam Malaysia? Bayangkan apa lagi racun yang boleh disebarkan di dalam akal generasi negara kita. Wallahualam


[Legasi Pemikir - LEKIR]



Dapatkan buku Kisah Pelayaran Abdullah Munsyi Ke Kelantan 27 Mac 1838. Sebuah catatan penulisan Abdullah Munsyi sendiri yang telah diterjemah rumikan. 
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI.

Comments