OLEH: Taufiq Tuah
Akhir-akhir ini Israel memang nak eratkan hubungan diplomatik dengan Malaysia. Malaysia boleh dikatakan agak liat untuk berurusan dengan Israel. Tak seperti negara-negara jiran kita yang lain.
INDONESIA:
2008, Indonesia menandatangani perjanjian koperasi perubatan bersama Israel. 2012, Indonesia buka konsulat negaranya di Ramallah. Dibuka secara tidak rasmi utk berurusan dgn Israel. Lepas konsulat ditutup, urusan berkenaan dagang dan keselamatan masih dijalankan bersama.
SINGAPURA:
Negara ni dengan Israel, kalau saya tak tulis pun semua orang memang tahu. Hubungan mereka sejak 1969. Di dalam konflik Palestin-Israel pula, Singapura macam lalang. Kadang-kadang sokong Palestin kadang-kadang sokong Israel. Hubungan diplomatik sangat kukuh dan meliputi kebanyakan sektor.
THAILAND:
Hubungan sejak 1954. Israel siap buka kedutaan di Bangkok. Rakyat Thailand pun ramai yang pro-Israel. Malah Thailand ialah salah satu negara pembekal tenaga buruh ke Israel. Ribuan rakyat Thailand juga bekerja di Israel.
Negara-negara di atas Thailand pula seperti Vietnam, Kemboja dan Myanmar ialah 'Israel friendly ties country'. Begitu juga dengan Filipina, Papua New Guini dan Timor Leste.
Negara yang betul-betul tiada hubungan rasmi dan tidak berurusan sangat dengan Israel di rantau tenggara ini hanya Malaysia dan Brunei.
MALAYSIA
Sepanjang sejarah Malaysia dari satu perdana menteri ke satu perdana menteri, memang semuanya bersifat anti Israel. Namun tetap juga perlu kita sedar, ada waktu yang kadang kala kita beri muka dengan mereka.
Pendidikan-
1966: Rakyat Malaysia diharamkan untuk menyambung pelajaran ke Israel.
1996: Tun M membenarkan sekumpulan pelajar sekolah tinggi Israel untuk melawat sekolah di Malaysia dan juga bertemu menteri pendidikan Malaysia. [Sumber: Jerusalem Centre For Public Affair]
Sukan-
1977: Tun M benarkan team Cricket Israel masuk ke Malaysia untuk tournament.
2000: Team Tennis Israel juga masuk Malaysia untuk tournament.
Perjalanan-
2018: Deligasi diplomat Israel menyertai Urban Wold Forum di Kuala Lumpur. Mereka masuk menggunakan 'Paspot Diplomasi Israel' (bukan seperti Nas yang beli paspot negara lain). Sehingga kini, Malaysia, masih tiada diplomasi rasmi dengan Israel.
ISRAEL MEMUJUK MALAYSIA
Banyak cara Israel buat untuk menarik kerjasama mereka dengan Malaysia, Indonesia dan Brunei. Antaranya, mereka bermula dengan menarik negara arab.
Secara logiknya, jika arab mula menerima Israel, maka negara Islam yang lain pun akan terikut sama. Hakikatnya, Malaysia tak seperti itu. Jika ada PM kita yang pro-Israel, saya yakin rakyat Malaysia sendiri yang akan bangun dan membantah PM itu. Jadi tekanan dari negara arab tidak lah sekuat tekanan dari rakyat Malaysia sendiri.
Israel juga mengeluarkan kenyataan pada 2021 yang mereka nak melebarkan sayap pengaruhnya ke ASEAN. Termasuk ke dalam 3 negara majoriti Muslim (Malaysia, Indonesia dan Brunei).
Saya kira fakta-fakta di atas memang penting untuk saya himpunkan dan sebarkan. Kerana telah tersebar ada calon PRU kita yang menzahirkan pro-Israel. Mungkin saya akan tulis bab itu di penulisan lain. Malaysia setelah bertahun-tahun cuba untuk tidak berurusan dengan negara haram itu.
Mungkin jika ada yang terlepas sikit-sikit, itu hal yang terpencil dan mungkin juga terpaksa. Namun masih sahaja kita kena sentiasa peka. Bagaimana MOSSAD boleh upah orang Malaysia untuk bekerja dengan mereka pun perlu dikaji. Adakah rakyat Malaysia memang semudah itu digula-gulakan?
Comments
Post a Comment