Malaysian Malaysia: Naratif Palsu DAP

 OLEH: Taufiq Tuah


Malaysian Malaysia ialah satu terma nama untuk kononnya 'perpaduan' Malaysia yang dibawa oleh pemerintahan PH sebelum ini. Sebenarnya ia merupakan kempen utama DAP sekian tahun sebelum menang dahulu.

Malaysian Malaysia jika di Melayukan akan menjadi, "Malaysia milik rakyat Malaysia". Asalnya digunakan pada 1960-an oleh Majlis Perpaduan Malaysia untuk memperjuangkan kuota khas bumiputera untuk biasiswa, IPT, perkhidmatan awam dll. 

Kemudiannya Lim Kit Siang dari DAP mula menggunakan slogan Malaysian Malaysia pada tahun 1999 sebagai kempen. Kali ini, untuk menyamaratakan kedudukan bumiputera dengan bukan bumiputera. Sekaligus melanggar Perkara 153 Perlembagaan Malaysia, menjaga kedudukan istimewa 'Melayu' dan penduduk asli mana-mana Negeri Sabah dan Sarawak. 

Mungkin mereka pada awalnya ingin berselindung disebalik perpaduan. Namun hakikatnya ketika PH memerintah, mereka sengaja membuat video² iklan Malaysian Malaysia yg dgn zahir menghakis kedudukan bumiputera.

Dengan sesukahatinya di dalam iklan dan kempen mereka melaungkan kata-kata,

1. "I'm not Chinese, I am Malaysian".

2. "I'm not Indian, I am Malaysian".

3. "I'm not Malay, I am Malaysian".

Baca slogan nombor 1 dan 2, orang akan memahami dwi makna. Mereka boleh saja maksudkan "Saya bukan Rakyat China (Chinese)" dan "Saya bukan Rakyat India (Indian)". Tanpa menafikan 'kaum' mereka, kerana ada dwi-makna.

Tapi slogan ketiga, 'I'm not Malay.." ialah penafian kaum Melayu secara jelas. Kerana tiada makna lain bagi 'Malay' kecuali 'Kaum Melayu'.

Jika Malaysian Malaysia DAP ialah sebatas perpaduan, saya sendiri akan angkat kempen itu. Tapi yang jelas kempen ini menghakis kaum Melayu dan juga bumiputera.

Diharapkan agar kita tidak mudah tertipu dengan dakyah mereka yang cuba membunuh identiti kaum kita. Ya, penulisan ini ditulis sebagai peringatan kepada semua. Agar kita tidak masuk ke lubang biawak dua kali.

[Legasi Pemikir - LEKIR]



Dapatkan buku Kisah Pelayaran Abdullah Munsyi Ke Kelantan 27 Mac 1838. Sebuah catatan penulisan Abdullah Munsyi sendiri yang telah diterjemah rumikan. 
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI.

Comments