Muzik Melayu Diambil Dari Al-Quran?

 OLEH: Taufiq Tuah



"Kebanyakan melodi seni Melayu terdahulu itu adalah melodi yang diadaptasi dan berlandaskan daripada surah-surah dan ayat Al-Quran."

Begitulah keterangan sebuah poster ketika cuba menunggang agama ini demi konten. Sejauh manakah kebenaran kata-kata ini?

1. Islam agama tanpa muzik. Malah ulama 4 mazhab ahli sunnah wal jamaah bersepakat haram muzik secara mutlak. Muzik hanya diharuskan ketika keraian, perjalanan, perang dan beberapa hal lain. Itupun Islam tidak ada melodi khas bagi muzik itu.

2. Ayat dan surah yang mana pula yang ada ajarkan melodi muzik? Sepanjang kita belajar Asbabun Nuzul pun tak pernah ada satu titik pun ayat daripada Al-Quran yang turun bagi mengajarkan melodi. 

3. Jika yang cuba dimaksudkan melodi Melayu diambil taranum, tetap juga ia bukan dari Al-Quran. Lenggok taranum ialah lenggok dari budaya timur tengah. Lebih tepat untuk kata, Melodi Melayu ialah pengaruh timur tengah.

4. Disokong lagi kerana memang alat-alat muzik Melayu pun ada dipengaruhi oleh alat muzik timur tengah.

5. Melayu ialah kaum majoriti besar Muslim. Namun bukan menjadi tiket untuk kita 'claim' segala daripada Melayu itu daripada Al-Quran. Malah, banyak sahaja adat Melayu yang bertentangan dengan hukum Al-Quran yang mana masyarakat kita sendiri pun sedar dan perlahan-lahan meninggalkan adat itu.

Wallahualam.


[Legasi Pemikir - LEKIR]


Dapatkan buku Kisah Pelayaran Abdullah Munsyi Ke Kelantan 27 Mac 1838. Sebuah catatan penulisan Abdullah Munsyi sendiri yang telah diterjemah rumikan. 
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI.



Comments