OLEH: Abu Aqif
Teringat dulu,
“Kita undi calon bukan undi parti”
Amalan demokrasi Malaysia tak sama dengan amalan demokrasi negara lain.
Di negara lain mungkin calon yang bertanding tetapi di Malaysia yang bertanding adalah parti. Partilah yang melantik calon-calonnya seperti yang berlaku malam tadi bagi BN dan PN dan malam-malam sebelumnya bagi parti-parti lain.
Boleh juga jika calon nak bertanding tanpa parti dengan pakai bendera bebas. Mungkin boleh menang tapi mustahil bentuk kerajaan. Setakat hari ini kita boleh kata ia perbuatan yang sia-sia. Kacau undi sahaja.
Kita biasa mencanangkan pentingnya kesahihan sesuatu info dan sumber tetapi dalam beberapa bab kita tidak aplikasikannya, contohnya bab inilah.
Manakan mungkin kita mahu undi calon parti ini sikit, calon parti itu sikit, calon parti lagi satu sikit lalu kita mahu mereka yang sikit-sikit ini bentuk kerajaan yang stabil?
Akibat dari ketidakfahaman itu keluarlah fatwa-fatwa pelik dan berlakulah bala bencana kepada negara sehingga ke hari ini.
Jika ada yang kata ’saya undi tengok calon’, kita hanya boleh kata dia tidak faham. Terangkan semampunya, kalau taknak terima tak perlu gaduh-gaduh, angkat tangan beri salam, kita blah je dari situ.
Comments
Post a Comment