Mata Ku Di PRU-15

 OLEH: Taufiq Tuah



Pertamanya kita bersyukur atas nikmat menjadi rakyat Malaysia. Penulisan ini ingin menghimpunkan beberapa penelitian yang saya 'personaly' buat berkenaan PRU-15 2022.

- DEMOKRASI

 Demokrasi ialah sistem yang banyak kelemahan. Pergilah ke negara mana sekalipun yang menjalanlan demokrasi, pastinya anda akan melihat kelemahan kerana demokrasi ialah undang-undang ciptaan manusia.

- KEMPEN

    1. Ada yang kata PN menang banyak kerusi juga kerana kempen Tiktok dan dapat tarik undi 18. Saya rasa kempen Tiktok tu tidaklah memberi impak yang besar. Adakah orang muda undi PN hanya kerana Wawa Zainal dan Mawar Rashid pakai baju PN? Saya rasa pengundi memang tak mahu PH kerana DAP dan tak mahu BN kerana DS Zahid. Bukan kerana kempen Tiktok.

    2.Undi 18 saya kira kurang realeven. Namun tidak juga menghampakan. Mereka juga rakyat yang berhak ada pandangan politik. Pandangan ini pula mungkin sahaja berubah mengikut pemikirannya. Sebagaimana saya juga begitu. 

    3.Pentaksub parti, saya harap kalian bertaubat. Ada pentaksub yang memang taksub buta sahaja. Ada juga pentaksub yang akhirnya membawa kepada ekstrimis. Ekstrimis PN dan BN akan bawa kepada 'penyeru 13 Mei' manakala ekstrimis DAP pula akan bawa kepada Islamofobia. Kedua-duanya tidak sihat dan perlu dibendung.

    4.Taksub tokoh juga perlu bertaubat. Kalian akan dibangkitkan di akhirat dengan orang yang kalian sayang. Saya kira kita semua mahu bangkit bersama Rasulullah dan bukannya tokoh politik parti. 

- MANHAJ

    1. Yang mengenal manhaj saya harap anda menjaga tutur kata. Kita tak mahu jika ada terlaungkan slogan2 hizbi. Tidak perlu kita "menjunjung perjuangan parti" atau "tetap setia bersama kepimpinan parti". Ini semua ialah ayat2 hizbi yang perlu kita jauhi.

    2.Saya setuju dgn kata-kata Ustaz Fazrin Yahaya, parti hanyalah wasilah. Jika saya boleh tambah, sebenarnya kita patutnya menggunakan parti dan bukannya kita menjadi alat parti. Manhaj perlu diutamakan.

    3.Adapun ramai sahabat2 saya yang pd awalnya menolak PH masih juga taat tidak membuat apa2 onar setelah diumumkan PM ke-10. Saya kira ini ialah nikmat dan kematangan dalam berpolitik. Malah sesuai dengan manhaj.

- KERAJAAN

    1. Kita perlu doakan yang baik2 kepada YAB DS Anwar Ibrahim. Mendoakan kebaikan beliau, supaya memimpin dengan adil dan amanah. Supaya dijauhi daripada segala apa yang telah menggusarkan sebelum ini.

    2.Saya bersetuju jika Kerajaan Perpaduan ini diterima baik daripada BN mahupun PN. BN dan PN juga perlu bersama dan saya kira ini kerajaan yang mampu harmoni.

    3.Memandangkan kerusi PH secara pukalnya sangat ramai bukan Muslim, maka kerusi PN dan BN yang Muslim perlu untuk membentuk kerajaan dan mengimbangi secara bilangan mahupun secara perancangan.

    4.Jika PN mengimbangi (check and balance) sebagai pembangkang, suara Muslim (yg dicanang di dalam PN sendiri) hanya terbatas membangkang. Rugi. 

- KESTABILAN

    1. Saya mengharapkan kestabilan. Semoga perpaduan parti-parti ini dapat mengharmonikan politik di Malaysia. Tahun 2023 ialah tahun yang diramalkan kejatuhan ekonomi. Malaysia sangat memerlukan kerajaan yang stabil untuk mengawal kemelesetan ini.

    2.Saya tidak menolak kemungkinan penukaran PM masih boleh berlaku sebelum habis penggal. Memandangkan penukaran PM² dahulu pun semuanya berpunca dari orang dalam kerajaan sendiri.

    3.Maka saya harap kerajaan perpaduan ini kerajaan yang mampu mengukuhkan dan menstabilkan politik Malaysia.

- KONFLIK UMNO

    1. DS Zahid Hamidi diminta letak jawatan oleh ramainya ahli UMNO membuktikan UMNO memang sedang berpecah. Saya akhirnya tak mahu masuk campur sebab saya bukan ahli UMNO.

- HARAPAN

Harapan saya ialah Malaysia akan terus maju. Rakyatnya akan lebih matang. Tidak mengutuk dan memaki pengundi parti lain. Tidak buat demostrasi dll. 


[Legasi Pemikir - LEKIR]



Dapatkan buku Kisah Pelayaran Abdullah Munsyi Ke Kelantan 27 Mac 1838. Sebuah catatan penulisan Abdullah Munsyi sendiri yang telah diterjemah rumikan. 
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI.

Comments