Nak Undi Tengok Calon, Bukan Tengok Parti?

 OLEH: Taufiq Tuah


Persoalan yang selalu muncul ialah, nak undi kerana calon atau undi kerana parti?

Sebelum tu nak kena jelas bahawa demokrasi ialah bukan hukum Islam. Hukum asalnya haram. Jika kita mengundi, maka itu hanyalah sekadarnya, tidak perlu taksub pada mana2 parti dan tokoh politik. Hanya mengundi kerana sistem demokrasi di Malaysia tidak boleh diubah, dan jika semua suara yg mengundi ialah yg merugikan Islam, maka hancurlah negara ini.

Kembali kepada soalan, nak undi kerana potensi calon atau kerana potensi parti? Sebab kita mengundi mereka sebagai wakil kawasan kita. Secara logiknya kita nak wakil kawasan kita tu orang yg bagus buat kerja dan betul2 mewakilkan suara penduduk setempat lah kan?


Secara teknikalnya betul, tetapi secara realitinya tak bersifat macam tu.


1. Kita bukan macam USA yg mana ada pilihan raya memilih presiden. Perdana Menteri kita dipilih oleh pihak parti yang menang. Parti ini mencadangkan nama calon PM kpd YDPA, dan YDPA pula tinggal setuju atau tidak setuju.

2. Cadangan calon diberikan setiap parti sebelum PRU dan lepas menang, nama ni lh yg akn di 'submit' kt YDPA.

3. Jadi utk kita pilih calon PM yg kita minat, kita kena undi parti itu untuk menang walaupun calon DUN parti tu di kawasan kita sebenarnya sengkek dan tak pandai buat kerja.

4. Hakikat untuk memenangkan calon PM kesukaan kita, memang kena undi parti dia tak mengira siapa pun wakilnya. Itulah kelemahan demokrasi di Malaysia. Tapi what u expect kan? Undang-undang manusia memang ada flaw.

5. Sebabkan pemilihan ini atas nama parti, jadi parti mana majoriti akan ada kuasa pilih PM. Memiliki majoriti tu mudah. Boleh lompat parti. "Ehh bukan ada akta anti lompat parti ke?".

6. Sebenarnya bukan YB je boleh lompat parti. Parti tu sendiri pun boleh lompat. Contoh, kalau PH menang. Boleh sahaja seluruh parti PKR keluar dari PH kemudian join PN untuk bentuk kerajaan baharu. Contoh je ye.

7. Kalau pun YB lompat parti kena denda, macam lah YB tak mampu bayar or macamlah parti yg dia lompat tu tak boleh bayarkan denda tu.


Akhirnya, memang undi parti lebih realeven dari tgk calon DUN / Parlimen. Lagi satu, selagi mana-mana parti tak menang besar dan kena bentuk 'unity goverment', selagi tu sebenarnya siapa pun boleh je rampas balik takhta PM. Malaysia pun 1 penggal 3 PM dah. More likely PRU kalini pun mcm takde menang besar.

Lagi sekali saya jelaskan ini semua flaw dalam sistem buatan manusia. Kepada yang mengundi nanti selamat mengundi. Kepada yang tak mengundi, i dont blame you. Tapi tak mengundi pun tak membantu kepada kestabilan politik.

[Legasi Pemikir - LEKIR]



Dapatkan buku Kisah Pelayaran Abdullah Munsyi Ke Kelantan 27 Mac 1838. Sebuah catatan penulisan Abdullah Munsyi sendiri yang telah diterjemah rumikan. 
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI.

Comments