Serpihan UMNO, PAS, PAP dan PKR

 OLEH: Taufiq Tuah


Parti-parti politik di Malaysia ini wujud bagai cendawan tumbuh lepas hujan. Mungkin tak ramai yang tahu semua parti politik ini saling berkait rapat. Di dalam artikel ini, akan merungkai serpihan-serpihan parti politik di dalam Malaysia.

1. UNITED MALAYA NATIONAL ORGANISATION [UMNO]: Satu siri kongres Melayu telah diadakan, memuncak dalam pembentukan parti nasionalis, UMNO pada 10 Mei 1946 di Kongres Melayu Ketiga di Johor Bahru, dengan Datuk Onn Jaafar sebagai pemimpinnya. UMNO akhirnya menjadi parti dominan dan membantu di dalam kemerdekaan Malaysia. Memegang tampuk kerajaan secara majoriti besar atas nama PERIKATAN dan BN selama beberapa dekad sehinggalah PRU-14 menyaksikan kejatuhan BN dan sekaligus UMNO di dalam pilihanraya.

2. PARTI KEMERDEKAAN MALAYA [IMP] & PARTI NEGARA : IMP Ditubuhkan pada bulan 16 September 1951 oleh Dato' Onn Jaafar (pengasas UMNO).  Tujuan parti ini ditubuh ialah untuk menyatukan pelbagai kaum yang terdapat di negara Malaysia, khususnya kaum utama, iaitu Melayu, Cina dan India. Dato' Onn Jaafar tidak mampu memujuk UMNO untuk menerima keahlian bukan Melayu mendorong kepada penubuhan IMP. IMP kemudiannya dibubarkan dan digantikan dengan Parti Negara.

3. PARTI MELAYU SEMANGAT 46 [S46] : Serpihan UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1988 selepas kekalahan Tengku Razaleigh Hamzah menentang Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad untuk jawatan Presiden UMNO. Ketika pendaftaran UMNO dilucutkan, Tengku Razaleigh menubuhkan Parti Semangat 46 bersama dengan Dato' Seri Utama Rais Yatim. Maksud "Semangat 46" ialah, meneruskan semangat penubuhan UMNO yang ada pada tahun 1946. Dr Mahathir menubuhkan UMNO Baru ketika itu, untuk menggantikan UMNO yang diharamkan sebelum itu. Tengku Razaleigh mendakwa bahawa parti Semangat 46 ini ialah parti UMNO yang sebenar dan asal, manakala UMNO Baru yang ditubuhkan oleh Dr Mahathir itu merupakan satu tiruan sahaja.

4. PARTI IKATAN BANGSA MALAYSIA [IKATAN] : Ditubuhkan pada 7 Jun 2012 oleh beberapa bekas pemimpin UMNO. Presiden penajanya ialah bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir. 

5. PARTI BUMIPUTERA PERKASA MALAYSIA [PUTRA] : Diasaskan oleh Dato' Dr. Ibrahim Ali (bekas UMNO) pada 17 Ogos 2018. Beliau dipecat dari UMNO dan dilucutkan jawatan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas pada 22 November 2003 dan keahliannya dalam UMNO digantung seumur hidup.

6. PARTI KEBANGSAAN PERAK : Ditubuhkan pada 4 October 1953. Pengasas parti ini ialah Datuk Panglima Bukit Gantang, Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz. Beliau merupakan bekas Menteri Besar Perak. Pada Mac 1953 beliau (walaupun sebagai Pengerusi UMNO Perak) telah mula mengusahakan penubuhan sebuah parti politik yang lain di luar kekuasaan UMNO dan memberikan sokongan politiknya kepada Dato Onn Jaafar yang telah menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (Independence of Malaya Party / IMP). Akhirnya beliau disingkirkan dari parti UMNO kerana tindakan beliau mengepalai Gerakan Menteri-menteri Besar untuk mengadakan Persidangan Kebangsaan pada 27 April 1953.

7. PARTI PERHIMPUNAN KEBANGSAAN [PPK]  : Ditubuhkan oleh Abdul Aziz Ishak, bekas Menteri Pertanian (1955-1963), setelah beliau meletak jawatan kabinet dan kemudian disingkirkan dari UMNO dan PERIKATAN pada 1963 sejurus selepas kekecohan Konfrontasi Indonesia-Malaysia. Abdul Aziz Ishak yang dituduh sebagai pembelot dan bersekongkong dengan agen Indonesia untuk menubuhkan kerajaan dalam buangan ditahan antara 1965 dan 1966 di bawah undang-undang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

8. PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA [PPBM / BERSATU] : Ditubuhkan pada 14 Januari 2017 oleh bekas-bekas ahli UMNO iaitu  Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato' Seri Utama Mukhriz Mahathir. Kemudian bersama dengan Tun Dr Mahathit Mohamad (Tun M) membentuk parti yang akan bersama dengan Pakatan Harapan pada PRU-14. Kemudiannya Tun M bersama anaknya Mukhriz keluar dari PPBM dan menubuhkan serpihan kepada PPBM.

9. PARTI PEJUANG TANAH AIR [PEJUANG] : Diasakan oleh Pengerusinya iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presidennya iaitu Dato' Seri Utama Haji Mukhriz Mahathir. Parti PEJUANG telah diluluskan dan didaftarkan sepenuhnya pada 8 Julai 2021. Apabila dua tokoh ini keluar daripada parti PPBM selepas peristiwa Langkah Sheraton. 

10. IKATAN DEMOKRATIK MALAYSIA [MUDA] : Pada 24 Ogos 2020, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bekas ahli PPBM) telah mengumumkan bahawa beliau berniat untuk menubuh satu parti politik baharu untuk golongan belia, dengan inspirasi daripada parti-parti belia luar negara. MUDA akan memastikan perwakilan pemuda dalam kepimpinan dan pencalonan parti.

11. PARTI BANGSA MALAYSIA [PBM] : Serpihan bekas ahli PPBM telahpun mengambil alih Parti Pekerja Sarawak dan menukar nama parti itu kepada Parti Bangsa Malaysia [PBM].

12. PARTI WARISAN [WARISAN] : Diasaskan pada 17 Oktober 2016 mengambil alih dan menjenamakan semula parti sebelumnya iaitu Parti Pembangunan Warisan Sabah. Diasaskan oleh  Mohd Shafie Apdal (bekas UMNO) bersama-sama Darell Leiking dan beberapa ahli politik negeri Sabah yang lain.

13. PARTI KESEJAHTERAAN DEMOKRATIK MASYARAKAT :  Didaftarkan secara rasmi pada 18 Februari 2022 oleh Peter Anthony. Parti ini merupakan serpihan Parti Warisan ekoran keputusannya untuk membuka cawangan di Semenanjung Malaysia. Tindakan ini mendorong Peter dan Juil Nuatim meninggalkan Warisan.




1. HIZBUL MUSLIMIN : Hizbul Muslimin ('Hamim') atau Parti Orang Muslimin Malaya, merupakan parti Islam yang pertama di Tanah Melayu telah ditubuhkan pada 17 Mac 1948. Hizbul Muslimin juga parti Islam pertama di Tanah Melayu yang memperjuangkan kemerdekaan dari penjajahan British. Walau bagaimanapun, parti politik Islam yang pertama di Malaya ditakdirkan untuk tidak bertahan lama apabila ianya diharamkan oleh kerajaan British dengan dakwaan bahawa Hizbul Muslimin menjalin hubungan dengan Parti Komunis Malaya (PKM) yang diharamkan. Ordinan Darurat 1948 yang diluluskan menyebabkan Hizbul Muslimin diharamkan dan dianggap bahaya.

2. PARTI ISLAM SE-MALAYSIA [PAS] : PAS ditubuhkan pada 24 November 1951. Kebanyakan ahli PAS ialah bekas-bekas pimpinan Hizbul Muslimin yang telah diharamkan dan juga serpihan kumpulan Ulama UMNO yang berpecah dari parti.

3. PARTI HIZBUL MUSLIMIN MALAYSIA [HAMIM] : Serpihan daripada PAS yang diasaskan oleh Tan Sri Dr. Haji Asri Muda, bekas Presiden PAS yang meninggalkan parti itu selepas kegagalan PAS merampas semula kerajaan negeri Kelantan dalam Pilihan raya umum Malaysia 1982. Ditubuhkan pada 24 Mac 1983.

4. IKATAN MASYARAKAT ISLAM MALAYSIA [IKATAN] : Parti serpihan HAMIM yang telah ditubuhkan pada 1990 oleh Tuan Haji Abdul Wahab Yunus. 

5. PARTI KEADILAN NASIONAL [PKN] : Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama PAS, DAP, PRM dan ABIM telah menubuhkan Gagasan Demokrasi Rakyat (GAGASAN) dan Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) sebagai gerakan reformasi. Hal ini selepas beliau dipecat dari UMNO. GAGASAN dan GERAK ini lah yang telah mengambil alih parti Ikatan Masyarakat Islam Malaysia )(IKATAN) dan menggantikan namanya kepada Parti Keadilan Nasional [PKN / KeADILan].

6. PARTI KEADILAN RAKYAT [PKR] : PKN ditukar nama kepada PKR pada 2003. Hasil gabungan PKN dan beberapa serpihan ahli PRM yang telah berpecah.

7. ANGKATAN KEADILAN INSAN MALAYSIA [AKIM] :  Serpihan PAS yang diasaskan pada 16 Februari 1995 oleh bekas Yang Dipertua PAS Kawasan Pasir Puteh, Cikgu Musa Salleh kerana tidak berpuas hati dengan Kerajaan PAS Kelantan yang dikatakan tidak melaksanakan hudud dengan segera. Pada tahun 2010, AKIM telah diambil alih oleh ahli serpihan PKR, Dato Zaid Ibrahim bagi membentuk parti KITA.

8. PARTI KESEJAHTERAAN INSAN TANAH AIR [KITA] : Parti KITA pada mulanya ditubuhkan sebagai parti serpihan dari PKR pada tahun 2011, berikutan percanggahan pendapat sesama ahli parti itu. Dilancarkan secara rasminya pada 19 Januari 2011.

9. BARISAN JEMAAH ISLAM SE-MALAYSIA [BERJASA] : Serpihan PAS yang diasaskan oleh Dato' Haji Muhamed bin Nasir, bekas Menteri Besar Kelantan, pada tahun 1977 setelah beliau disingkirkan dari PAS. Pada PRU-13, BERJASA telah mula menerima pengaruh daripada Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) di dalam kepimpinan. 

10. ANGKATAN ISLAM SINGAPURA [ANGKASA] : Sebuah parti Islam di Singapura yang merupakan sayap PASyang secara rasminya ditubuhkan pada 6 Ogos 1958. 

11. PARTI AMANAH NEGARA [AMANAH] : Beberapa sekelompok ahli PAS yang tidak setuju dengan keputusan Majlis Syura PAS. Kelompok ini membentuk Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) yang kemudiannya mereka mengambil alih Parti Pekerja-pekerja Malaysia (PPPM). Pada 16 September 2015, PPPM ditukar nama kepada Parti Amanah Negara (AMANAH).





1. PARTI KEBANGSAAN MELAYU MALAY [PKMM] : Ditubuhkan pada 17 Oktober 1945. Matlamat utama penubuhan PKMM ialah untuk menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan semula Inggeris setelah tamatnya Perang Dunia Kedua. PKMM juga berusaha mengatasi masalah orang Melayu di segi pelajaran, sosial dan ekonomi serta kebebasan mencetak dan bersuara. Parti behaluan kiri ini agak tidak sebulu dengan UMNO sejak awal ditubuhkan.

2. PARTI RAKYAT MALAYSIA [PRM] : Diasaskan oleh aktivis berhaluan kiri Ahmad Boestamam (Beliau pengasas PKMM) dan pejuang-pejuang kemerdekaan yang lain pada 11 November 1955. Pernah menjadi parti dominan di dalam blok politik Barisan Sosialis (blok politik berhaluan politik paling kukuh di Malaysia). 

3. PARTI SOSIALIS MALAYSIA [PSM] : Ditubuhkan pada tahun 1998 selepas berlakunya perpecahan di dalam PRM. PRM berpecah kepada dua serpihan. Serpihan yang masih kekal berhaluan kiri semuanya diserap ke dalam PSM manakala serpihan yang lain mula bersama KeADILan bagi membentuk PKR.

4. PARTI MAHAEN : Ditubuhkan pada 1968 oleh Ahmad Boestamam dan lain-lain aktivis sosial termasuk Ishak Haji Muhammad yang meninggalkan Barisan Sosialis yang semakin kucar-kacir.

5. GERAKAN ANGKATAN MUDA [GERAM] :  Diantara enam parti politik berhaluan kiri yang menyertai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) bagi membentuk Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA). Ditubuhkan di Singapura oleh Abdul Aziz Ishak bersama Abdul Samad Ismail. Ramai daripada ahlinya sebenarnya ahli yang sama dengan PKMM.

6. BARISAN TANI MALAYA [BTM] : Ditubuhkan pada 7 Julai, 1947 di Kajang, Selangor. Ketuanya yang pertama ialah Musa Ahmad. Setiausaha disandang oleh Abas manakala Mokhtar sebagai bendahari dan Kadir menjadi ketua bahagian propaganda. Parti ini juga sebenarnya mempunyai ahli-ahli yang sama dengan PKMM.

7. ANGKATAN PEMUDA INSAF [API] & ANGKATAN WANITA SEDAR [AWAS] : API ditubuhkan pada tahun 1946 sebagai sayap pemuda bagi PKMM. Manakala AWAS pula ialah sayap wanita PKMM yang ditubuhkan pada Februari 1946. API dan AWAS merupakan sayap PKMM namun, kedua-dua kumpulan ini bergerak di atas kaki sendiri sebagai parti berasingan.

--------------------------------------------------------

1. PARTI BURUH MALAYA : Bergerak aktif antara 1952 hingga 1969. Berakar-umbi dari parti-parti buruh negeri-negeri yang diasaskan selepas kerajaan British mengumumkan rancangan untuk menganjurkan pilihanraya tempatan pada 1950. Perlembagaan penubuhan LPM menuntut pemerintahan sendiri Tanah Melayu, undang-undang kewarganegaraan yang liberal, perkhidmatan awam berunsurkan ciri tempatan, ekonomi yang terancang, peningkatan keadilan demokrasi dan perubahan pertanian. LPM juga mencadangkan pembatalan hak-hak istimewa bagi sebarang etnik, kewarganegaraan persekutuan menggantikan kewarganegaraan negeri, penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua, penyatuan Singapura ke dalam Persekutuan Tanah Melayu, pembatasan kuasa Raja-raja Melayu, jawatan Presiden yang dipilih dan sebuah negara sekular.

2. PARTI GERAKAN RAKYAT MALAYSIA [GERAKAN] :  Dibentuk pada 24 Mac 1968. Antara 6 pengasas parti ini adalah Dr. David Tan Chee Khoon, Ahli Parlimen Batu, Selangor dan bekas ketua Parti Buruh Malaya.

3. PARTI CINTA MALAYSIA [PCM] :  Ditubuhkan pada tahun 2009. Dianggotai oleh beberapa serpihan ahli GERAKAN.

4. PARTI KEADILAN MASYARAKAT MALAYSIA [PEKEMAS] : Ditubuhkan sebagai parti serpihan dari GERAKAN pada tahun 1971, berikutan percanggahan pendapat sesama ahli parti itu berikutan GERAKAN sertai Barisan Nasional.




1. PEOPLE'S ACTION PARTY [PAP] :  Ditubuhkan pada 1954 di Victoria Memorial Hall. Ahli jawatankuasa parti yang pertama termasuk Toh Chin Chye sebagai pengerusi pertama, Lee Kuan Yew sebagai setiausaha pertama, dan S Rajaratnam.

2. DEMOCRATIC ACTION PARTY [DAP] :  Ia ditubuhkan pada 18 Mac 1966. Perdana Menteri Singapura pertama, Lee Kuan Yew yang merupakan pengasas PAP tidak bersetuju dengan cubaan Perikatan-UMNO bertanding dalam pilihan raya di Singapura dan telah membuka cawangan PAP di Semenanjung Malaysia. Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran parti PAP telah dibatalkan pada 9 September pada tahun yang sama. Devan Nair selaku ahli parlimen Bangsar yang ditinggalkan oleh PAP menghidukan kembali serpihan parti ini kepada nama DAP.

3. PEOPLE'S ALTERNATIVE PARTY [PAP] : Ditubuhkan pada 15 September 2014 di Pulau Pinang. Ditubuhkan oleh serpihan ahli DAP berikutan krisis dalaman dan kepimpinan DAP.

4. PARTI DEMOKRASI MALAYSIA : Ditubuhkan pada tahun 1986 oleh Wee Choo Keong selepas beliau disingkirkan oleh DAP.

5. PARTI SOSIAL DEMOKRATIK :  Ditubuhkan pada tahun 1978 oleh Yeap Ghim Guan dan kemudiannya juga disertai Fan Yew Teng setelah meninggalkan DAP kerana kecewa dan perselisihan dengan pimpinan Lim Kit Siang. 

6. BARISAN SOSIALIS SINGAPURA : Didirikan pada tahun 1961, oleh anggota sayap kiri PAP dan dipimpin oleh Dr Lee Siew Choh dan Lim Chin Siong.

--------------------------------------------------------

1. MALAYSIAN CHINESE ASSOCIATION [MCA] : Parti ini mendapat asasnya daripada gerakan Kuomintang yang bertapak di Tanah Melayu British sekitar tahun 1930-an melawan Parti Komunis Malaya seiringan perjuangan parti tersebut dipegang Republik China yang mahu merampas kuasa ke atas Tanah Besar China dari Parti Komunis China. Ia ditubuhkan secara rasminya pada 24 Februari 1949 dengan galakan Pentadbiran Tentera British yang mendokong gagasan pendirian anti-radikalnya yang alternatif pada ketika itu.

2. PARTI DEMOKRATIK BERSATU : Ditubuhkan pada 1962 oleh Tun Dr. Lim Chong Eu, mantan Presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA) (Mac 1958–Jul 1959), selepas beliau meletak jawatan dan meninggalkan MCA pada Disember 1960.

3. PARTI BERSAMA MALAYSIA : Didaftarkan pada 2 Disember 2016 dan bergiat hanya di Pulau Pinang. Penubuhan parti ini digagaskan pada 2015 oleh sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan di Pulau Pinang termasuk beberapa bekas pemimpin MCA dan GERAKAN.

--------------------------------------------------------

1. MALAYSIAN INDIAN CONGRESS [MIC] : Ditubuhkan pada Ogos 1946 oleh John A. Thivy dan Janaky Athi Nahappan. MIC ditubuhkan selepas satu persidangan diadakan di Dewan Orang Ramai Chettiar, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Pada awalnya, ia hanya menjadi tarikan kepada masyarakat kelas pertengahan terutama dengan personaliti presiden pertamanya John A. Thivy yang berlatar belakangkan pengamal undang-undang.

2. BARISAN KEMAJUAN INDIA SE-MALAYSIA : Diasaskan pada 1990 oleh Tan Sri M.G. Pandithan, bekas Naib Presiden parti Kongres India Malaysia (MIC) selepas perbalahannya dengan presiden MIC, Dato Seri S. Samy Vellu pada 1988 dan pemecatannya kemudian.



1. PARTI KEADILAN RAKYAT [PKR] : PKN ditukar nama kepada PKR pada 2003. Hasil gabungan PKN dan beberapa serpihan ahli PRM yang telah berpecah.

2. PARTI KESEJAHTERAAN INSAN TANAH AIR [KITA] : Parti KITA pada mulanya ditubuhkan sebagai parti serpihan dari PKR pada tahun 2011, berikutan percanggahan pendapat sesama ahli parti itu. Dilancarkan secara rasminya pada 19 Januari 2011.

3. PARTI HARAPAN RAKYAT SABAH : Ditubuhkan sebagai parti serpihan dari PKR pada tahun 2016. Diasaskan oleh golongan pro Datuk Seri Lajim Ukin, aktivis PKR dan golongan akar umbi PKR Sabah. 

4. PARTI BERSATU INDIA MALAYSIA : Didaftarkan pada 14 September 2007 dan dilancarkan pada 25 November 2007 setelah Datuk Nallakaruppan keluar dari parti PKR. Datuk K.S. Nallakaruppan yang kecewa tidak dipilih menjadi calon dalam Pilihan Raya Kecil Ijok 2007. Beliau berpandangan apabila BN menurunkan calon berbangsa India, PKR juga sepatutnya menurunkan calon India. Ini telah menyebabkan beliau mendakwa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menjaga perasaan dan kepentingan kaum India.

5. PARTI HARAPAN MALAYSIA [PHM] : Ditubuhkan sebagai parti serpihan dari PKR pada tahun 2015, berikutan percanggahan pendapat sesama ahli parti itu kerana PKR telah memecat YB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor melalui Langkah Kajang. PHM diasaskan oleh golongan pro Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, aktivis PKR dan golongan akar umbi PKR.

6. PARTI REFORMASI INSAN MALAYSIA [PRIM] : Ditubuhkan oleh P. Uthayakumar, seorang aktivis dan peguam hak asasi manusia yang meninggalkan Parti Keadilan Nasional (KeADILan) sebelum Pilihan raya umum Malaysia 1999 kerana mendakwa parti itu mengamalkan diskriminasi dalam pemilihan calon keturunan India.PRIM telah dikemukakan pendaftarannya dengan P. Uthayakumar sebagai Setiusaha Agung Penajanya kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada Disember 1999 namun tidak pernah diluluskan. 

[Legasi Pemikir - LEKIR]



Dapatkan buku Kisah Pelayaran Abdullah Munsyi Ke Kelantan 27 Mac 1838. Sebuah catatan penulisan Abdullah Munsyi sendiri yang telah diterjemah rumikan. 
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI.



Comments