OLEH: Halim Abdurrahman
Nak ekonomi Malaysia stabil macam dulu? Kembalikan GST. Ya, hanya kerajaan yang berhati besi sahaja dapatkan kembalikan GST ini. Kerana pelaksanaan GST pasti akan ditentang hebat oleh para kartel berpengaruh seluruh negara.
GST akan membuatkan segelintir peniaga kaya sukar untuk 'gelapkan' cukai (ekonomi gelap) yang membawa kepada ketirisan ekonomi. Tahun 2020, nilai ekonomi gelap di Malaysia dianggarkan berjumlah Rm300 billion atau bersamaan 21% Kdnk negara. Tetapi ekonomi jenis ini berjaya larikan diri dari cukai, kecuali apabila GST dilaksanakan.
GST terdahulu mengaut antara Rm41 billion hingga Rm44 billion setiap tahun. Daripada hasil inilah kekayaan tersebut diagih kepada rakyat dalam kepelbagaian jenis bantuan dan pembangunan infrastruktur.
Kenapa kerajaan perlu berhati besi? Sebabnya memang ada parti politik ditaja oleh kartel dan orang-orang kaya kalangan peniaga. Tak perlu sebut siapa. Kartel-kartel inilah yang tentukan harga barang, tekan kerajaan dengan subsidi dan pelingkup kepada peniaga-peniaga kecil.
Semasa PN mentadbir, para kartel telur ayam desak dan tekan kerajaan supaya naikkan subsidi. Oleh kerana kerajaan tidak akur dengan kehendak mereka, telur 'disorokkan'. Lalu kita menyaksi stok telur berkurangan di pasaran, sampaikan yang terjual cuma telur-telur omega harga bangsawan.
Kemudian apabila kerajaan bertukar, tiba-tiba banyak telur masuk dalam market dan ini diakui oleh DS Anwar Ibrahim. Tidak pasti apakah jenis rundingan yang berlaku antara mereka. Cuma berharap kerajaan lebih bertegas kepada kartel yang menguasai makanan asas dan mengambil tindakan sewajarnya.
Sepatut, tidak ada satu pihak atau segolongan manusia memonopoli produk ini. Kena ada pemerkasaan bagi mewujudkan lebih ramai pengeluar telur terutama dari kalangan bumiputera.
Comments
Post a Comment