Undi 18 Yang Sukar dan Stratergi Syed Sadiq

 OLEH: Halim Abdurrahman

Undi 18 sebenarnya undi bermasalah, dari dulu saya dah sebut dan bantah sekeras-kerasnya. Kerana undi tersebut mungkin akan berpaksi pada populariti, wajah menarik, umur muda dan persepsi yang ditabur pada mereka. Dengan membelakang prestasi calon, pengalaman dan keupayaan.

Kenapa saya cakap demikian, golongan benar-benar cakna dengan politik Malaysia adalah kelompok umur yang memiliki sekian banyak komitmen dalam keluarga dan kehidupannya. Contoh seperti golongan miskin, Ibu tunggal, petani, nelayan dan mereka yang sudah merasai jerih perih kos sara hidup. Golongan inilah yang paling berharap untuk menerima sumbangan dari kerajaan samada dalam bentuk bantuan isi rumah, subsidi, kawal harga barang dan sebagainya. Mereka jugalah yang melihat dan merasai YB mana dan parti mana yang buat kerja atau tidak. Jadi mereka perlu melakukan pilihan yang tepat kerajaan manakah mereka akan pilih. Hal ini perlu kepada kerajaan yang betul-betul memiliki potensi tinggi mengurus tadbir negara dengan baik.

Manakala undi 18 pula, seluar dalam dan coli pun ibu bapa yang beli. Baru menginjak langkah samada mahu sambung belajar atau bekerja sambilan. Itupun ramai yang masih bingung nak pilih program apa lepas habis SPM. Anak-anak 18 ini jugalah bukanlah kaum petani, nelayan, ibu tunggal dan orang dewasa yang berhempas pulas menyara keluarga. Jadi apa yang mereka pilih bila masuk PRU, mereka tiada penilaian utuh untuk tentukan kerajaan mana yang boleh diharapkan berdasarkan kematangan, pengalaman dan pengetahuan mereka. Mana-mana parti boleh tabur segala macam gula-gula dan segala macam hasutan untuk pengaruhi fikiran remaja-remaja ini.



Strategi Syed Saddiq Yang Mungkin Ramai Tidak Perasan.

Jangkaan aku dulu Syed Saddiq akan menang di Muar kerana dia orang terawal yang desak untuk Undi18 di Parlimen. Johor adalah kubu kuat BN, tapi dia berjaya kalahkan BN melalui undi anak muda terutama undi18. Dua strategi ampuh dia telah gunakan;

1. Menggunakan platform tiktok untuk berkempen dan menyebarkan maklumat.

2. Agih bantuan tablet kepada pelajar.

2 faktor ini memberikan peluang besar kepada Syed Saddiq untuk menang PRU, dan ditambah berita gembira apabila Undi18 diluluskan. Yang setuju dengan Undi18 juga adalah orang-orang tua bangka dalam Parlimen, walhal tiktok pun mereka tak kenal. Tiktok adalah lubuk bagi orang muda terutama pelajar sekolah dan anak-anak lepasan SPM untuk bersosial. Jadi YB 'Hensem' dekat Tiktok, lagilah memberi bonus pada beliau.


[Legasi Pemikir - LEKIR]



Dapatkan buku Kisah Pelayaran Abdullah Munsyi Ke Kelantan 27 Mac 1838. Sebuah catatan penulisan Abdullah Munsyi sendiri yang telah diterjemah rumikan. 
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI.

Comments