OLEH: Taufiq Tuah
Latar politik beberapa ahli politik yang terpilih yang dah digraf dan diposterkan. Poster bertarikh 17 Disember 2022.
Tun Dr Mahathir Mohamad
Pernah dipecat dari UMNO beberapa kali. Juga akhirnya meletakkan keahlian beliau di dalam UMNO lalu membina parti politik baharu iaitu PPBM. Kemudiannya berlaku konflik selepas Langkah Sheraton yang menjurus kepada penubuhan parti baharu oleh Tun M iaitu PEJUANG.
Maszlee Malik
Selepas lama di dalam IKRAM, menyertai PPBM pada tahun 2018. Bertanding di Simpang Renggam, Johor. Selepas Langkah Sheraton, PPBM terpisah kepada dua puak. Puak Muhyiddin Yassin kekal di dalam PPBM manakala puak Tun M menyertai parti baharu iaitu PEJUANG. Namun tak lama selepas itu, Maszlee melihat perjuangannya tidak sesuai dengan PEJUANG lalu menyertai PKR.
Azmin Ali
Memulakan arena politik dengan menyertai UMNO. Kemudiannya menyertai PKR pada tahun pertama Tahun Reformasi. Selepas Langkah Sheraton, Azmin lebih selesa untuk bersama dengan perjuangan PPBM.
Tan Sri Rais Yatim
Sangat terkenal ketika di dalam UMNO. Kemudian bersama Razaleigh menyertai GR-S46 dan juga kembali ke dalam UMNO. Pada tahun 2018, menyertai PPBM bersama beberapa lagi ahli UMNO yang lain.
Zuraida Kamaruddin
Pada awalnya bersama PKR dan Pakatan Harapan ketika di bawah pimpinan Tun M. Menyertai PPBM selepas Langkah Sheraton dan menyertai pula PBM pada PRU Ke-15.
Syed Saddiq
Ahli terawal bersama PPBM yang kemudiannya menjadi salah seorang ahli asas kepada PEJUANG. Namun tidak lama selepas itu terus keluar dan menubuhkan parti baharu iaitu MUDA.
Mukhriz Mahathir
Mudahnya, hanya mengekori perjuangan ayahnya, Tun M.
Dato' Onn Jaafar
Pengasas kepada parti UMNO. Namun idea baharunya yang ingin menyatukan Cina dan India di dalam satu parti tidak dipersetujui ahli-ahli UMNO lain menyebabkan Dato' Onn menubuhkan parti baharu iaitu IMP dan Parti Negara.
[Legasi Pemikir - LEKIR]
Dapatkan buku Kisah Pelayaran Abdullah Munsyi Ke Kelantan 27 Mac 1838. Sebuah catatan penulisan Abdullah Munsyi sendiri yang telah diterjemah rumikan.
Boleh dapatkan KLIK DI SINI.
Comments
Post a Comment