Sejarah Singkat Seketariat Ulama UMNO dan iLMU

 OLEH: Abu Amru Radzi Othman

"Segera lahirkan Ulama UMNO!" , Kata DS Zahid, Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2022. 

Maka admin rasa baik juga up penulisan Abu Amru ini yang menceritakan bagaimana dahulu pernah ada rancangan untuk menubuhkan ulama UMNO.


Seketariat Ulama Muda UMNO ditubuh pada 2010. Sedangkan orang yang berusaha menubuhkannya adalah pengasas IQ sendiri.

Dr Maza berjanji akan masuk kedalam Seketariat Ulama Muda UMNO selepas dia tubuhkan seketariat tersebut. Namun dia tidak muncul pada hari penyerahan borang pada PM.

Dan dia berjanji akan ikut serta kemudian, tapi setelah berbulan kemudian dia keluarkan satu kenyataan "Saya non partisan".

Lalu orang ramai pun seronoh kerana berfikir Dr Maza tidak memihak pada mana-mana  parti politik. Padahal telah nyata bahawa dia sempat berhubung dengan DSAI. 

Tentang ahli Seketariat pula, 2/3 ahli Seketariat adalah sahabat dan anak murid Dr Maza termasuk Pendebat Agung dan MKA. Masa itu Abu Hafiz tak wujud lagi.

Saya sebagai Tim Setiausaha. Saya tahu perjalanan Seketariat. Dr Maza menyerang Syeikh Muqbil dan Syeikh Rabi, serta URD dan DSN. Lalu saya membantah Dr Maza.

Dr Maza menurunkan titah kepada DFB agar pecat saya dari Seketariat namun ditolak oleh DFB. Maka sejak itu Dr Maza menyerang Seketariat.

Lantas DFB 'memecat' seluruh sabahat-sahabat dan murid Dr Maza dari Seketariat. 

Lantaran setelah kami duduk bersama selama 2 tahun, Seketariat tidak ada fungsi, selain mesyuarat dan mesyuarat, makan dan makan. 

Sebab apa hal ini terjadi? Sebab Seketariat dibawah kawalan Dr Maza. 

Pada 2012, DFB tubuhkan iLMU dengan sisa ahli Seketariat. Dan sejak itulah iLMU boleh berjalan.

Sebenarnya banyak usaha sudah dilakukan oleh asatizah iLMU secara senyap, sebab iLMU bukan semacam IQ yang bertelur sebiji riuh sekampung. Para asatizah iLMU sangat tawaduk, tidak sukakan publisiti, tidak suka nama.

Sejak iLMU ditubuh, Dr Maza dan murid-muridnya sentiasa menyerang ilMU. Jadi IQ YANG MENYERANG ILMU DAHULU.

Bukanlah seperti dakwaan seorang penganut Dr Maza yang baru mengenal sunnah pada 2013, yang mendakwa bahawa iLMU yang muka menyerang IQ dan Dr Maza. Nampak benar dia seorang yang jahil lagi taksub.


[Legasi Pemikir - LEKIR]



Dapatkan buku Kisah Pelayaran Abdullah Munsyi Ke Kelantan 27 Mac 1838. Sebuah catatan penulisan Abdullah Munsyi sendiri yang telah diterjemah rumikan. 
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI.

Comments