OLEH: Taufiq Tuah
Saya menunggu waktu yang sesuai untuk saya bercakap tentang nepotisme. Menurut kamus dewan,
Definisi : (népotisme) perbuatan atau amalan yg mementingkan atau melebihkan sanak-saudara dan kawan-kawan sendiri sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Nepotisme memang wujud di dalam Malaysia sejak sebelum merdeka lagi. Malah juga wujud di dalam sejarah kesultanan² kita juga. Bendahara atau orang berjawatan yang saling menaikkan keluarga sahaja.
Adakah nepotisme ini hal yang baik?
Sejujurnya saya rasa tak salah untuk mengutamakan keluarga dan kawan di dalam sesuatu isu. Apatah lagi, 'circle' ini lah yang biasanya paling selesa untuk kita berurusan.
Namun jika di dalam urusan yang melibatkan masyarakat atau rakyat, nepotisme harus diketepikan. Apatah lagi jika ada yang lebih layak, boleh mengisi sesuatu jawatan itu.
Dalam isu perlantikan Nurul Izzah walaupun tidak bergaji, namun rakyat akan persoalkan "kenapa perlu penasihat kanan ekonomi dan kewangan sedangkan di dalam kabinet dah ada Menteri Kewangan dan Menteri Ekonomi yang boleh cross feed masing²?" .
Tambahan pula beliau bukanlah orang yang pakar sehingga layak menjadi penasihat, mengenepikan profesor dan doctor dalam bidang itu.
Lalu rakyat juga akan tanya adakah untuk menambahkan 'experience on paper' anak sendiri untuk keberlangsungan politik mendatang?
Nepotisme juga sudah berlarutan sejak sekian lama (sebelum PM10 lagi). Jika melantik keluarga kita di jawatan yang menjaga negara, pastikan perlantikan itu selayaknya. Kerana yang lebih utama ialah menjaga negara.
Ini berbeza dengan seorang Papa yang melantik anaknya utk jd penerus syarikat Megah Holding walaupun anak ini tak perform pun dlm company. Ini tak salah sebab Megah Holding tu tak menjejaskan negara pun. Maju mundurnya tak memusibahkan negara.
Jadi perletakan jawatan Nurul Izzah sebenarnya harus dipuji. Jiwa yang mengukur di badan sendiri, faham kondisi dan membuat keputusan sesuai situasi.
Kesimpulan saya, saya tak menolak nepotisme. Walaupun orang anggap perkataan itu buruk. Jika nepotisme itu sesuai dan selayaknya, maka layak lah.
Rasulullah melantik pakciknya (Saidina Hamzah) sebagai general Perang Badar dan Perang Uhud bukan dasar kekeluargaan tetapi kerana kelayakan Singa Allah itu.
Ketika Rasulullah melantik Jaafar ibn Abi Talib (saudaranya) mengetuai rombongan ke Habsyah, bukan ats dasar keluarga. Ttp kelayakan Jaafar itu telah mengislamkan Raja Najasyi. (Harap takde orang guna hujah ni untuk kepentingan sendiri).
[Legasi Pemikir - LEKIR]
Comments
Post a Comment