OLEH: Mukhtaruddin Sahid
Sekarang ini telah berlaku polemik apabila sebuah kumpulan muzik barat hendak mengadakan konsert di negara ini. Sebahagian pihak berkata, kumpulan muzik itu tidak wajar diberikan ruang untuk mengadakan persembahan di Malaysia kerana mereka menyokong dan mempromosikan agenda LGBT.
Namun, sebahagian pihak lagi mempertahankan kehadiran mereka dengan alasan mereka pernah menyumbang jentera air untuk mengutip sampah bernilai jutaan ringgit di sebatang sungai dengan kerjasama sebuah NGO. Hal ini dilihat sebagai sikap terhutang budi kepada kumpulan muzik tersebut. Difahamkan, kumpulan muzik ini merupakan penyokong 'dunia hijau'.
Apabila disebalik bantahan yang terjadi akhbar-akhbar tempatan mula memberi kredit tentang isu sumbangan kapal pengutip sampah oleh kumpulan muzik tersebut, maka saya terpanggil untuk melihat isu ini berkenaan persoalan menerima hadiah dari orang kafir dan orang yang fasik/fajir.
Tulisan ini bukan saja berhubungan lansung dengan polemik ini, namun ada signifikannya dalam skop yang lebih kecil baik melibatkan individu atau kelompok masyarakat amnya. Ini terutamanya apabila masyarakat percaya kita perlu 'balas budi' orang yang telah berbuat baik kepada kita. Namun suatu hal yang mereka tidak ambil kira ialah apakah bentuk 'balasan' yang mereka berikan itu, apakah ia positif disisi agama atau negatif.
Adalah suatu hal yang perlu disedari, apa saja hadiah biasanya akan membentuk sikap terhutang budi pada diri orang yang menerima hadiah. Oleh sebab itulah, dalam Islam, Ulama telah menggariskan beberapa kaedah dalam menerima sumbangan atau hadiah dari orang kafir.
Dalam keadaan tertentu, tertuntut bagi kita untuk menolak hadiah non muslim, sebagaimana Fatwa Syaikh Muhammad Al Imam hafizhahullah berikut ini:
“…para ulama memberikan kaedah dalam menerima hadiah dari orang kafir. Demikian juga halnya hadiah dari ahli maksiat dan orang yang menyimpang.
Iaitu, jika hadiah tersebut tidak berpotensi membahayakan bagi si penerima, dari segi Syar’i (agama), maka boleh. Namun jika hadiah itu diberikan tujuannya agar si penerima tidak mengatakan kebenaran, atau agar tidak melakukan suatu hal yang merupakan kebenaran, maka hadiah tersebut tidak boleh diterima.
Demikian juga jika hadiah itu diberikan dengan tujuan agar masyarakat bisa menerima orang-orang kafir yang dikenal tipu daya dan makarnya, maka saat itu tidak boleh menerima hadiah.
Intinya, jika dengan menerima hadiah tersebut akan menimbulkan sesuatu berupa penghinaan atau setidaknya ada tuntutan untuk menentang suatu bahagian dari agama kita, atau membuat kita diam tidak mengerjakan apa yang diwajibkan oleh Allah, atau membuat kita melakukan yang diharamkan oleh Allah, maka ketika itu hadiah tersebut tidak boleh diterima”.
Dalam fatwa Syeikh Muhammad Shaleh Al-Munajid, meskipun ini khusus menyentuh soal menerima hadiah ketika perayaan orang kafir, namun ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan ketika kita menerima hadiah dari non-muslim. Ketika beliau menyebut diperbolehkan menerima hadiah dari tetangga yang Nashrani (Kristian) pada hari perayaan mereka, beliau menyebut :
"Hendaknya hal tersebut diiringi dengan penjelasan tentang aqidah Al-Wala’ wal Bara’ (cinta dan taat kepada Allah, Rasul-Nya dan orang beriman serta memutuskan hubungan kepada orang kafir) kepada anak-anak anda, agar tidak tertanam dalam hati mereka cinta terhadap hari raya mereka atau hatinya terpaut dengan orang yang memberi."
Beliau juga melanjutkan,
"Tujuan menerima hadiah adalah untuk melunakkan hatinya dan mengajaknya masuk Islam, bukan sekadar basa basi, apalagi mencintai dan berkasih sayang kepadanya”.
Beliau juga menekankan soal al-wala' wal bara' (menyatakan kasih sayang dan kesetiaaan terhadap orang yang beriman dan menyatakan permusuhan dan kebencian kepada orang kafir) ketika menjelaskan bagaimana kita bersikap adil dan berbuat baik kepada orang kafir.
Kata Syeikh Muhammad Shaleh Al-Munajjid,
“Akan tetapi berbuat baik dan bersikap adil, tidak bererti mencintai dan berkasih sayang, kerana mencintai dan berkasih sayang kepada orang kafir tidak dibolehkan, begitu pula hendaknya tidak menjadikannya sebagai kawan dekat, berdasarkan firman Allah Ta’ala,
لا تَجِدُ قَوْماً يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ أُولَئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ الأِيمَانَ وَأَيَّدَهُمْ بِرُوحٍ مِنْهُ وَيُدْخِلُهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ أُولَئِكَ حِزْبُ اللَّهِ أَلا إِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
“Kamu tak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, Sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Meraka Itulah orang-orang yang telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya dan dimasukan-Nya mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah redha terhadap mereka, dan merekapun merasa redha/puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya. mereka Itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahawa Sesungguhnya hizbullah itu adalah golongan yang beruntung. (QS. Al-Mujadilah: 22)”.
Mungkin kita boleh menilai dan bermuhasabah bagaimana penerimaan dan sikap kita selama ini apabila kita menerima hadiah dari non-muslim, baik ketika itu atas kapasiti individu mahupun atas kapasiti masyarakat. Apakah kita sudah menepati ciri-ciri yang telah disebutkan diatas?
Hal yang hampir sama dapat kita lihat bagi orang Islam yang bekerja dengan orang kafir dalam bidang tertentu.
Fadhilatusy Syaikh Muhammad Shaleh Al-Utsaimin ditanya tentang hukum seorang (muslim) bekerja bersama dengan orang kafir, apakah nasihat Anda?
Beliau menjawab:
Kami nasihatkan kepada saudara (penanya) ini, yang ia bekerja bersama dengan orang-orang kafir, agar mencari pekerjaan yang tidak terdapat di dalamnya musuh-musuh Allah dan Rasul-Nya, (iaitu) diantara orang-orang yang beragama selain Islam.
Jika memang hal ini mudah (dilakukan), maka (pekerjaan) inilah yang selayaknya (dicari).
Namun, jika tidak mudah (dilakukannya), maka tidak mengapa (seorang muslim bekerja bersama dengan orang-orang kafir), kerana ia (bertanggungjawab & sibuk dengan) pekerjaannya sendiri, sedangkan mereka (bertanggungjawab & sibuk dengan) pekerjaan mereka sendiri (pula), namun dengan syarat tidak boleh ada dalam hatinya kasih sayang, cinta dan loyaliti (wala`) kepada mereka serta berpegang teguh dengan Syari’at (Islam) dalam aturan mengucapkan dan membalas salam kepada mereka dan yang semisalnya. Demikian pula, tidak boleh mengantarkan dan menghadiri jenazah mereka serta tidak boleh pula menghadiri (perayaan) hari raya mereka dan tidak boleh mengucapkan selamat hari raya (kepada mereka).
Dari nukilan diatas, kita dapat lihat, sebaiknya kita berusaha untuk mencari pekerjaan atau usahasama dengan sesama muslim. Namun jika tiada pilihan, boleh bekerja dengan orang kafir dengan syarat memelihara batasan yang digariskan oleh syarak.
Fadhilatusy Syaikh Muhammad Shaleh Al-Utsaimin dalam kitab yang sama (fatwa no.399) ditanya tentang hukum mendatangkan para pekerja non muslim dan hukum menyajikan makanan untuk mereka?
Beliau -semoga Allah membalasnya dengan sebaik-baik balasan- menjawab:
Kaum muslimin lebih baik dari orang-orang kafir, berdasarkan firman Allah Ta’ala :
وَلَعَبْدٌ مُؤْمِنٌ خَيْرٌ مِنْ مُشْرِكٍ وَلَوْ أَعْجَبَكُمْ
“(221) Sesungguhnya budak yang mukmin lebih baik dari orang musyrik, walaupun dia menarik hati kalian” (QS. Al-Baqarah: 221).
Namun, tidak mengapa mendatangkan pekerja non muslim, jika memang diperlukan.
Adapun (hukum seorang muslim) menyajikan makanan untuk mereka,
1) Jika dalam posisi melayani (sebagai pembantu rumah tangga, pent.), seperti ia melayani mereka di rumah-rumah mereka dan yang semisalnya, maka tidak selayaknya (hal itu dilakukan), bahkan para ulama Ahli Fiqih menyatakan makruhnya hal itu.
2) Namun, jika bukan dalam posisi melayani, seperti anda menyajikan makanan untuk mereka (sebagai tamu, pen) di rumah anda, maka boleh, kerana memang ada keperluan untuk (melakukan) hal itu.
Kesimpulannya, meskipun nukilan-nukilan diatas banyak berhubungan dengan perihal individu dan hubungan diantara golongan masyarakat - muslim dan non-muslim, namun ia dapat kita jadikan sebagai panduan terutama dalam menentukan sikap kita keatas apa jua bentuk sumbangan atau kerjasama dengan orang kafir kepada negara kita ini.
[Legasi Pemikir - LEKIR]
Comments
Post a Comment