YAB Sanusi VS Sultan Selangor?

 OLEH: Taufiq Tuah



YAB Sanusi, MB Kedah baru² ini didakwa telah menghina sultan. Saya juga telah meneliti ungkapan yang digunakan dan cuba menilainya secara adil. 

Dah lama sepi menulis politik. Sebenarnya lebih kpd menahan diri. Takut ada culas dan terlebih dalam mengulas pemerintah. Maklumlah, segalanya tertahan di dada. Tapi sabar saja. Maka saya nak ulas 'by list' hal YAB Sanusi.

1. Menghina kesultanan mana-mana negeri walaupun kita bukan rakyat di negeri itu ialah dilarang. Bukan sahaja melanggar sensitiviti 3R, malah ditegah secara jelas dalam Islam dengan dalil,

“Barang siapa merendahkan pemimpin Allah di bumi, Allah akan menghinakannya.” (HR. at-Tirmidzi no. 2224. Hadits ini dinilai shahih oleh Syaikh Al-Albani dalam Shahih at-Tirmidzi no. 2224)

2. Saya mendengar ungkapan YAB Sanusi dan memahami niat asal ungkapannya lebih kepada mahu mencela YAB Amirudin (MB Selangor). Saya kata begitu kerana saya mengambil kira konteks asal ceramah politik itu. Namun perlu menerima hakikat, istilah yang digunakan itu memang boleh disalah fahami.

3. Saya kira YAB Sanusi ialah seorang yang profesional jika bekerja. Cuma agak lantang (kasar) ketika ceramah politik. Sebenarnya jika YAB Sanusi boleh kurangkan mencela pihak lawan itu lebih baik malah tidak sedikit pun mengurangkan sengat beliau.

4. Memahami PRN yang nak dekat, seolah-olah YAB Sanusi pula mudah memberi bola tanggung kepada pihak lawan. Inilah permainan politik.

5. Apapun iktibarnya ialah, jangan mencela sesiapa apatah lagi pemerintah. Perbuatan ini tak lain hanya akan menjatuhkan krebiliti seseorang.

Wallahualam




[Legasi Pemikir - LEKIR]


Dapatkan buku Kisah Pelayaran Abdullah Munsyi Ke Kelantan 27 Mac 1838. Sebuah catatan penulisan Abdullah Munsyi sendiri yang telah diterjemah rumikan. 
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI.



Comments