Rumusan: Kemunduran Kelantan, PN dan PH

 OLEH: Taufiq Tuah


PRN dah tamat dan rasanya ini waktu terbaik untuk 'up' penulisan ini. Memandangkan niat penulisan ini tidak sekalipun niat berkempen. Maka lepas PRN lah yang sesuai.

Beberapa mulut daripada pentaksub parti yang mendakwa dan berkempen bahawa negeri Kelantan tidak semaju Selangor. Kononnya menjadi bukti pemerintahan Selangor lebih baik dari Kelantan.

1. Saya kira perberbandingan ini tidak adil. Saya boleh kata realitinya kemajuan Selangor memang wujud sejak zaman sebelum PH lagi. Atau boleh juga saya kata Selangor maju ialah 'default' negeri itu.

2. Alhamdulillah Selangor juga melalui MB² yang baik sepanjang pemerintahan PH. TS Abdul Khalid Ibrahim, Datuk Azmin Ali dan DS Amirudin Shari mempunyai gaya kepimpinan yang berbeza namun berkesan pada setiap eranya.

3. Kelantan memang secara fizikalnya sama ada pembangunan, ekonomi dll agak kurang berbanding Selangor. Perlu kita akui hal ini. Namun bukan kah jurang ekonomi di kawasan sekitar pun tidak jauh sahaja dengan Kelantan?

Malah Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Negeri Kelantan telah mencatatkan peningkatan sebanyak 2.4 peratus iaitu pada nilai RM26.8 billion bagi tahun 2021 berbanding negatif 1.2 peratus pada nilai RM25.2 billion bagi tahun 2020. Saya kira peningkatan ini juga harus dipuji dan tidak dilupakan.

4. Ternyata kaedah kempen PH-BN memburukkan  negeri Kelantan secara umumnya untuk mendapat undi Melayu di sana tidak berhasil malah lebih 'backfire' diri mereka sendiri menjelang PRN. 

5. Apapun saya kira tidak patut PN berkempen sebagaimana yang disebut oleh TG Hadi Awang yang mana jika dapat 6 negeri PRN maka akan ditukar juga kerajaan pusat.

6. Negara ini sudah cukup tidak stabil maka jangan ditambah lagi ketidak stabilan. Kekalkan sahaja pemerintah yang sedia ada. Kita dah lama tak dapat kerajaan yang cukup sepenggal. Menggulingkan PMX tidak pun menambah kestabilan negara.

7. Cukup sahaja penggal lepas menjadi saksi penukaran kerajaan secara tergocoh gacah ini tidak menjamin apa² kebaikan.

Rumusan saya, politik di Malaysia ini mahu atau tidak mahu tetap juga bersifat 'race favorable' atau 'kecenderungan kaum'. Buktinya, penganalisa politik sendiri apabila menyebut PN, mereka akan sebut 'pengundi Melayu', dan bila sebut DAP akan menyebut 'pengundi Cina'. Jika menyebut pengundi DAP di kawasan majoriti Melayu akan sebut "pengundi Melayu BN yang undi DAP". 

Juga tak lupa bukti Sabah dan Sarawak yang dimenangi oleh blok parti tempatan. Allah know best.

[Legasi Pemikir - LEKIR]


Dapatkan buku Kisah Pelayaran Abdullah Munsyi Ke Kelantan 27 Mac 1838. Sebuah catatan penulisan Abdullah Munsyi sendiri yang telah diterjemah rumikan. 
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI.


Comments