Mr.Beast Saman Diri Sendiri?

 OLEH: Taufiq Tuah

Kepada yang tak kenal Mr.Beast, dia ialah youtuber paling ramai subscribers pada hari ini. Daripada itu, dia mula buka rantaian restoran 'fast food' sendiri yang digelar 'MrBeast Burger'.


SAMAN DIRI SENDIRI?

Seolah-olah begitu. Namun ada kisah disebaliknya. Saya akan cerita bagi faham insyaallah.


EKONOMI

Di Malaysia, ekonomi tak stabil buat masa ini.

Inflasi barangan meningkat. Namun alhamdulillah di Malaysia, hal seperti ini ramai yang memahami. Saya kata begini sebab saya menjual Lamb Shank Nasi Pakistan No.1 Batu Pahat dan hantar ke Melaka, Selangor, KL dengan harga di 'markup' namun pelanggan majoritinya memahami dan menggap ia sangat berbaloi. Nak order link di http://www.wassap.my/01110647891/OrderLambShanksB .

Namun tekanan ekonomi ini tak mengecualikan US. Mungkin membuatkan Mr.Beast memilih 'fast food' dgn harga mampu milik ialah perniagaan yg sesuai diceburi.  Maka dibuka rangkaian restorannya dengan pantas dan mendadak di seluruh US.



BAGAIMANA PANTAS BERKEMBANG

Seperti KFC atau McD pada mulanya tersebar agak perlahan. Tidak lah drastik seperti Beast Burger yang tak sampai sebulan dah ada rangkaian di seluruh US.

Hal ini kerana KFC dan McD hanya akan mengembangkan franchisenya dengan membuka premis baharu. Tidak seperti MrBeast Burger yang tidak memerlukan premis untuk berkembang. 

MrBeast Burger hanya memerlukan 'ghost kitchen' atau 'dapur hantu' untuk beroperasi di mana-mana ceruk yang dimahukan.


GHOST KITCHEN

Ghost Kitchen (GK) ialah dapur yang akan memasak bagi pihak mana-mana brand restoran. Kadang kala satu dapur boleh masak untuk 7 restoran berlainan.

Di Malaysia, GK biasanya terdiri daripada orang awam yang masak di dapur rumah ataupun ada syarikat khas yang membuka premis khas untuk tujuan itu.

Kebiasaannya makanan dari GK ini akan dihantar ke restoran-restoran untuk dijual atas nama brand restoran itu. Atau hanya akan memasarkan di aplikasi 'food delivery' untuk di 'pick-up' terus di GK namun order atas nama restoran brand terkenal.


MODUS PERNIAGAAN MRBEAST BURGER

MrBeast Burger telah mengupah sebuah syarikat bernama Virtual Dining Concepts (VDC) yang ada rangkaian GK nya di seluruh US. Jadi setiap tempahan di 'Apps Food Delivery' atas nama Beast Burger akan disiapkan oleh GK² milik VDC.

Modus ini sepatutnya 'smooth' tapi menjadi teruk apabila VDC tidak menjaga kualiti GK² yang ada di bawahnya. Orang mula 'complaint' rasa Beast Burger tak sedap dan tak sama mengikut lokasi.

Ramai yang buat video review MrBeast Burger dan mengutuk menu yang dibeli. Malah VDC juga diketahui tidak menjaga GK² mereka yang kotor dan tak memenuhi 'standard' pengendali makanan. Manakan tidak, kebanyakan GK hanya beroperasi di dalam kontena yang diletak merata dan juga di 'parking lot' tanpa kebersihan yg terjamin.


SAMAN

Oleh itu, Mr.Beast terus menyaman dapur² MrBeast Burger nya iaitu VDC kerana tidak menjalankan kerja dengan baik dan menjatuhkan repotasi youtuber itu.

Kemudian VDC menyaman kembali Mr.Beast dgn alasan mengaibkan repotasi VDC sebab viralkan kes saman terhadap VDC.

Kes, belum selesai. Namun jelas bagaimana VDC cuba sorokkan keburukan GK² yang dimiliki.


PENUTUP

Saya juga pernah terlibat dengan sejenis franchise GK. Bagi saya kelebihan mungkin pada marketing. Namun keburukannya jika GK tak jaga kualiti, maka nama branding akan bertambah teruk.

Maka saya lebih selesa menjual makanan yang saya masak sendiri. Yang saya sendiri kawal kualiti dan kebersihannya. 

Atau saya jual sahaja branding yang mana orang owner sendiri masak. Macam sekarang, saya gerakkan Nasi Pakistan No.1 Batu Pahat by Abg Azrul (Tiktok femes).


[Legasi Pemikir - LEKIR]


Dapatkan buku Kisah Pelayaran Abdullah Munsyi Ke Kelantan 27 Mac 1838. Sebuah catatan penulisan Abdullah Munsyi sendiri yang telah diterjemah rumikan. 
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI.

Comments