Teknologi Tidak Memudahkan?

 OLEH: Taufiq Tuah

Ramai yang cakap teknologi ni memudahkan. Aku setuju je dlm kebanyakan hal. Tapi aku tak nafikan sebenarnya banyak teknologi yang sebenarnya menyusahkan. Aikk?

Biasanya aku dengan orang yg ckp teknologi menyusahkan ni daripada mulut warga yg lebih berumur. Sebab tak biasa untuk adaptasikan pelbagai unsur digital.

Contohnya masa aku jual Lambshank Nasi Pakistan No.1 Batu Pahat dan bawa ke Johor, Melaka, Selangor, N.9 dan KL. Aku akan letak ayat "boleh whastapp saya di link http://www.wassap.my/01110647891/OrderLambShanks ". Tapi masih juga ramai yg komen "nak nombor whatsapp bang". Padahal link diberi dah direct ke whatsapp saya.

Tapi aku layankan je lah. Rupanya sebab pelanggan agak berumur dan tak biasa dgn beli online gaya ini. Mungkin dalam isu ni, teknologi agak menyukarkan mereka.

Cuma bab aku ni tak nak buka isu sebab faktor umur. Aku sendiri yang membesar dengan peralihan versi² Windows dan Mac yang pelbagai. Aku membesar ketika transition orang drpd zmn disket, kaset dan CD-ROM, kepada Pendrive, HDD, SSD malah Cloud.

Aku membesar dari zmn transfer data jpeg guna Infrared dan bluetooth hingga kini zaman " kau wasep ah gmbr td". Nak bagi tahu generasi aku majoriti celik IT dan fasih basic digital.

Walaupun aku ialah golongan generasi tu, aku tetap rasa ada teknologi yang sebenarnya menyusahkan.

Contohnya, menu restoran yang guna QR kod tu. Bagi aku benda tu tak praktikal. Tak semua org ada akses internet. Negara kita bukan ada free wifi kat seluruh tempat pun. Kena 'time' data habis atau bateri kong, dah tak boleh order. Baik kau print je menu tu. Kadang malas nk 'repeat' mkn satu kedai tu sbb menu je.

Lagi contoh ialah parking TnGo only lepas tu min balance dalam card kena ada RM30 atau lebih. Bagi aku, tak yah buat min balance tu tinggi². Dah la nak topap RM30 dalam kad tu kena cas dua kali kat kaunter topap. Kalau nak juga buat min balance tinggi², bagi la juga fungsi bayar pakai visa card tu.

Ini yang mesin Visa nya rosak, tinggal TnGo punya scanner. Dah scan pun balance ada RM29 tak leh masuk. Bukan semua org suka simpan balance dalam kad tu banyak2.

Contoh lagi, RFID dekat tol. Ni aku pun malas nak ulas. Korang faham² lah. Tak praktikel langsung. Tiap kali aku tukar tinted atau lampu kereta mesti kena beli stiker baru. Kadang tu koyak lah ada insan gatal tangan kopek kat lampu depan kereta.

Aku harap kalau nak 'impliment' RFID pun buat lah secara praktikal. Built in ke atau 'moveable' ke. Atau sebenarnya tak yah pun RFID. Sekarang parking mall pun banyak dah auto scan dekat no.plate kereta. Fikir2 kan.

Tak lupa juga, bisnes kad NFC. Kadang aku jumpa orang bisnes ni bila aku minta kad, dia suruh aku scan dia punya kad guna phone aku. Lepastu keluar lah detail² dia segala dalam phone.

Aku rasa benda ni tak praktikal sebab, untung phone aku ada NFC. Kalau takde? Dah dua kali kerja nak kena sebut nombor satu-satu juga kan? Lagi pun, banyak buang masa aku nak kena on NFC lah pastu buka data pastu baru boleh scan kad tu.

Baik kau print je bisnes kad. Dah pastu edar je lah. Lepas aku save number pun aku boleh simpan kad tu. Kang bila2 ternampak kad tu, teringat juga aku kad kau. Ini kalau aku dah save kat phone, kalau aku lupa memang lupa je la.

Ni aku dah bagi 4 contoh teknologi yang menyusahkan. Aku rasa korang mesti ada banyak lagi. Kalau boleh share boleh lah komen. Aku nak tau juga. Ada ke yg sepandangan dgn aku.


[Legasi Pemikir - LEKIR]


Dapatkan buku Kisah Pelayaran Abdullah Munsyi Ke Kelantan 27 Mac 1838. Sebuah catatan penulisan Abdullah Munsyi sendiri yang telah diterjemah rumikan. 
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI.

Comments