OLEH: Taufiq Tuah
Sebenarnya Zi0ni5t tak perlu pun nak buktikan dia tak salah di mata sesiapa. Sebab kalau memang terbukti bersalahpun, mereka akan tetap serang Palestin seperti selalu.
Namun 'cover up' diperlukan untuk meminta simpati sama ada simpati di UN mahupun simpati masyarakat dunia. Maka satu sandiwara perlu dilakonkan bagi mencapai hasrat itu.
Antara 'story board' yang digunakan ialah mereka menyerang Gaza kerana mereka sedang membunuh orang² 'H4M45' yang sedang betaburan bergaul dan sebati di dalam Gaza. Maka alasan ini menjadi lesen serangan mereka dan dicanangkan lesen ini di kebanyakan media barat, UN dll.
Maka sifir kepada yang percaya kepada berita ini ialah,
H4M45 = Pengganas
&
Gaza = H4M45
Maka mereka menghalalkan segala nyawa yang mati di Gaza, semua bayi yang tak sempat besar dan semua hospital yang diratakan. Semuanya atas dasar 'menentang jenayah'.
Alasan yang sama digunakan oleh Bashar, Hezbulat dan Houthi ketika menghalalkan nyawa Ahli Sunnah di negara² mereka. Membunuh para ulama Ahli Sunnah malah membunuh bayi² Ahli Sunnah.
Alhamdulillah di Malaysia, berita dan dakwaan Israel ini mudah ditolak. Orang kita lebih celik dan media kita menelanjangkan kejahatan Zi0ni5t dengan rancak sekali.
Namun berbeza di beberapa negara lain yang mana kerajaan mereka berpihak kepada Zi0ni5t dan mengawal media tempatan mereka dengan berita yang membawa simpati kepada Zi0ni5t.
Lalu pihak media berita antarabangsa kebanyakannya berpihak kepada Zi0ni5t dengan 'headline' "Israel Has Right To Defense Itself".
Mudah kata saya nak jelaskan yang media antarabangsa memainkan sentimen Israel bukan menyerang Palestin sebaliknya Israel hanya menyerang H4M45. Sedih kerana ramai yang berpegang dengan konsep ini.
Sedangkan serangan juga dibuat saban hari oleh Zi0ni5t ke arah Tebing Barat yang mana Tebing Barat bukanlah kawasan H4M45.
Jika alasan mereka menyerang Gaza ialah kerana ingin memusnahkan H4M45, adakah cara ini berhasil? Dah 17 tahun sejak 2006 tahun H4M45 menang pilihan raya, serangan dibidik ke arah Gaza dan tak selesai lagi ke isu H4M45?
Sebenarnya H4M45 hanya dijadikan alasan. Sebenarnya Zi0ni5t memang nak memusnahkan semua orang Arab di tanah Palestin.
Harap pembaca faham bahawa isu konflik ini bukannya isu Zi0ni5t VS H4M45. Tapi isu Zi0ni5t VS Arab. Malah tak jauh dari itu ialah Yahudi VS Islam.
Berkenaan 'headline' yang dipaparkan pada 'cover' atrikel ini, saya minta pembaca untuk 'google' sendiri dan nilaikan. Tanpa saya perlu ulaskan apa² buat masa ini.
[Legasi Pemikir - LEKIR]
Comments
Post a Comment