OLEH: Abu Amru Radzi Othman
Persoalan ini dapat dianggap memiliki banyak jawapannya. Namun mungkin kita boleh melihat kepada struktur budaya antara maritim vs agraria.
a) Melayu (Maritim)
- Hidup berpusat di pelabuhan dan laluan laut (Melaka, Pasai, Palembang, Brunei, Riau)
- Maritim = kosmopolitan -> terbuka pada pengaruh luar (pedagang Arab, Gujarat, ulama Arab)
- Islam disebarkan melalui jaringan perdagangan antarabangsa -> bentuk Islam yang lebih ortodoks dan sejajar dengan syariat kerana ulama asing mengawasi dan menjadi penasihat istana
-Pelabuhan juga memerlukan identiti bersama untuk menarik dagangan -> Islam dijadikan agama rasmi kesultanan sebagai lambang kuasa politik dan peraturan undang-undang
b) Jawa (Agraria)
- Hidup berpusat pada tanah, sawah, gunung, dan alam
- Agraria = tertutup, lebih kuat ikatan dengan adat nenek moyang dan kosmologi tempatan
- Rakyat bergantung pada siklus padi & alam → ritual agraria (slamatan, sesaji, pemujaan roh gunung) sebati dengan hidup harian
- Ketika Islam masuk, ia tidak boleh menggantikan adat secara drastik, jadi ia menyesuaikan diri. Lahirlah Islam Kejawen (sinkretik, bercampur Hindu-Buddha-animisme)
- Sikap agraria menyebabkan agama mesti melayani kesuburan tanah dan kesejahteraan desa. Hasilnya ketika di zaman sebelum Islam, mereka telah mewujudkan Siwa-Buddha; pergabungan rasmi agama Hindu dengan Buddha dengan Hindu sebagai asas.
Ringkasan:
A) Melayu (Maritim) -> lebih mudah terima Islam dalam bentuk murni
B) Jawa (Agraria) -> Islam masuk tetapi terikat dengan adat agraria & kosmologi Hindu -> lahir Islam sinkretik


Comments
Post a Comment